sebelum goreng |
selepas goreng dan tabur gula |
~ kulit popia sebungkus
~ minyak untuk menggoreng
~ gula castor
~ chopstik @ lidi sate - untuk mengulung supaya lebih kemas
~ putih telur - utk dijadikan gam melekatkan hujung kulit popia selepas digulung
~ gunting utk memotong
cara untuk membuatnya:
~ gulung kulit popia dengan menggunakan chopstik tapi jangan gulung ketat sb nanti susah nk keluarkan chopstik tersebut. Selain dari itu,jika terlalu ketat,nanti bila siap digoreng kita tak nampak lapisan popia.
~ pada akhir gulungan kulit popia, sapukan putih telur supaya melekat. Gulung hingga habis.
~ setelah siap semuanya,kita gunting gulungan td mengikut citarasa kita.
~ kemudian bolehlah kita menggoreng dengan menggunakan api yg sederhana untuk mengelakkan hangus.
~ angkat dan toskan. sejukkan sekejap.
~ setelah sejuk, taburkan gula ke popia tadi dan gaul raya.
~ simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan lemau
~ selain dari menabur gula kita boleh juga menyira dgn sira pedas @ nestum
**boleh menjana pendapatan sampingan
0 chit chat.....:
Post a Comment