hujan cinta ...

January 27, 2011

12 JANUARI 2011



Kini ank mama dh berusia 6 bulan...alhamdulillah...syukur kepada Allah,ank mama sentiasa berada dlm keadaan sihat selalu dan mama sentiasa akan mendoakan agar Erryn terus mbesar dgn sihat,riang gembira,bijak dan cerdik...sejak erryn ada dlm hidup mama,mama x lg merasa sunyi bila papa keluar g keje n kak Ellyn g sekolah...ada gak mama kwn bcakap,bgurau...kalau dulu mama sendiri je...ada x ada pn mama kawan dgn April n Uban...
mama seronok sgt skrg...erryn ank yg x bnyk ragam...tp sesekali buat mama x tidur mlm sb Erryn x mo tidur...nk main je dgn mama...
nakal dia ae...tp mama tetap cyg kn...
ermmmppp...dh kol 6.30pm ni...masa utk ank mama mamam...nt lewat ank mama lapar plak...

January 26, 2011

facebook n blog....

ishhhh...sejak kbelakangn ni,semakin hari semakin membosankn on9 di fb...bnyk pkara yg aku cukup x suka...betullh kata pepatah melayu 'ramai org bnyk ragam'... ntah lh ssh nk aku ckapkn kt cni...aku hnya memerhati je...malas aku nk komen...itu hak mereka..yg penting bnda yg aku x suka tu,aku x buat...dn aku pn x terlibat dgn mereka...asalkan mereka bahagia...tp tu lh...kata org cakap siang pandang2,cakap mlm dgr2...jgn nt kerana pulut santan binasa...kerana mulut badan binasa...jgn nt apa yg d tulis tkna muka sndiri dh lah ae kenkwn!!! malu sndiri ler jwpnya...
skrg ni, kalau aku on9 pn kejap2 je skrg...fb on9..tp aku ntah kt mana2...kdg aku leka melayan baby...baca novel..x pn aku main on9 game kt fb... hihihi...lantak r korg nk kutuk ke,perli ke, sindir aku...nt korg ler tgg dosa ko...jgn lupa dosa sesama manusia,kita kna mohon maaf pd manusia...jgn x sempat mohon maaf dh lh...buatnya org yg kita sindir,kita kutuk n kita umpat tu pendek umuo...mau kita menung tkenang dosa kita pd dia...
dgn aku...aku x kisah pn..buat lh apa yg korg suka...aku x kacau org..jdnya jgn nk kacau aku.... :)
kt blog aku dh merasa keseronokan...tmbhn pula bila aku menjengah blog teman2...emmmpp bnyk pkara yg boleh aku perolehi...yg paling best aku dpt bnyk resepi masakn...lg seronok bila resepi yang aku dpt tu,aku buat menjadi...hubby n ank mkn pn suka n licin...hilang penat aku! bila dimasa yg lain hubby @ ank minta aku buatkn semula lg lh aku seronok...
next time aku nk share resepi aku kt blog plak...resepi2 masakan dr aruah bonda yg menjadi kegemaran aku...


January 25, 2011

Laaaaaaama aku x update blog...

Lama betul aku x update blOg aku ni...tetiba rasa malas dan bOsan dtg...bkn je blOg aku ni aku x jengah,facebOOk pn sama bersawang....jd lbih baik aku mndiamkn diri...bukan ke berdiam lebih baik dr berkata...? 
ermmpppp....dlm diam,2011 dh pn muncul...januari pn dh nk hbis...umur pn semakin btmbh...tp alhmdllh,sb aku msih gk aku yg dulu...smakin matang dgn pengalaman hidup yg penuh cabaran dan dugaan...hanya kekuatan yg mberi semangat utk aku terus btahan mghadapinya....suami dan ank2 adalh kekuatnku...nyawaku!!! tanpa mereka,siapalh aku...


January 22, 2011

10 TANDA ANDA HAMIL

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!



PETIKAN DARI BLOG PORTAL KEHAMILAN MALAYSIA
alamhamil.com

bg kawan2 yg ingin lebih info kehamilan,sila kunjungi laman tersebut...ada mcm lg yg kita bleh perolehi sbgai panduan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...