hujan cinta ...

July 31, 2011

dadih strawberry utk esok

insyaAllah...
esok kita semua akan berpuasa...
jadi,pagi tadi aku pepagi lagi dah bangun...
biasanya kalau ari minggu...
bangun lewat sikit...
tapi
disebabkan nak memenuhi permintaan anak dara aku...
esok dia nak berbuka puasa dengan dadih yang aku buat...
jadi....
aku buatkan ler...
bukan esok x leh buat cuma 1st day puasa kan...
takut nanti x sempat je...
dadih ni resepi dari seorang rakan....
bukan serbuk dadih segera yang ada jual di kedai tu...
dari agar-agar,susu segar ikut perasa,gula dan air...

inilah hasilnya...
nyum3...
sejuk dah...
menyejukkan anak tekak....
sila3x...



~noura azieta~

mood terbantut...

seperti biasa setiap hari aku mesti masak di rumah...
aku akan masuk ke dapur berperang dengan periuk belanga seawal 11am..
sebab suami aku akan balik makan tengahari dalam jam 1pm...
tapi arini...
mood masak aku hanyut ke laut gara2 aku jumpa sesuatu ketika sedang menyiang sayur...
adehhhhh....
terjerit sorang aku kat dapur tadi...
habis terpelanting pisau...
tercampak sayur kat tangan...
mujurlah jiran sebelah rumah x de...
kalau tidak mestilah diorang pelik gak...

nak tau kenapa aku terjerit n mood hanyut ke laut?
jom tgk pic ni?
nampak x pape?




nampak x?
punyalah besarrrrrrrrrr.....
uwaaaa...
menjalar kat tangan tuuuuu....
eeeiiiiiuuuu.....
geliiiiii....
aku rasa ini lah sayur yang paling besar aku jumpa...
sejak aku tau memasak...
ermpppp...
apa lagi...
aku terus jirus ulat tu dengan air panas...
dengan sayur2 tu sekali aku buat ke bakul sampah....
kirim salam aku ak masak...
apa lagi nak makan sayur tu...
 eeeiiiii...
yarkkkkkkk....
terasa cam makan ulat je...


p/s: aku memang penggeli...
terutama dgn haiwan yg sepisis dgn ulat,cacing,pacat,lintah...
dan yg seangkatan dgnnya...

~noura azieta~


happy birthday sis...


30 Julai 2011

sis...
semuga panjang umur
sihat selalu
dimurahkan rezeki
dan
diteguhkan keimanan...

terima kasih atas segala kata nasihat
kasih sayang
serta
tunjuk ajarmu
selama adik menjadi adik iparmu

tapi
kini sis
kita semakin jauh...
jauh
dan
jauh
sejak arwah abang tiada...
walau apa pun
kasih sayang adik padamu sis
xkan berubah...
masih seperti dahulu...



~noura azieta~

ramadhan ya ramadhan....


ramadhan...
kini ramadhan datang lagi...
rukun Islam ke tiga
wajib bagi setiap insan di muka bumi ini termasuk aku...
kecuali bagi mereka yang tidak berupaya...

ye...
ramadhan...
setiap tahun aku laksanakan
dengan penuh keinsafan
dengan penuh kesayuan
tatkala insan lain gembira menantikan
kehadirannya
menunaikannya
tapi buat seorang aku
apalah ertinya
sudah lama aku x merasai kenikmatan itu
gembira bersama ayah bonda
keluarga tercinta
dan
kini aku sendiri lagi
melaksanakannya
bersama 
kekuatan yang semakin pudar
sirna di makan usia

sejak kelmarin
airmata ini mengalir
dada ku sebak menahan rasa
merintih hiba
x ketentuan jiwa

Ya Allah Ya Tuhanku
berikan aku kekuatan
untuk terus meneruskan kehidupan ini 
sesungguhnya aku lemah untuk menghadapi sendiri
apa juga dugaan yang dikau kurniakan
tidak pernah ku luahkan pada sesesiapa
kecuali hanya pada-Mu kembali
amin...

ramadhan kali ini
AKU
tanpa ayah sejak 33 tahun lalu
tanpa ibu sejak 18 tahun lalu
tanpa bapak sejak 12 tahun lalu
dan
tanpa abang sejak 4 tahun lalu

*
*
**
****
**
*
*
kelmarin...
memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita...
semalam...
adalah teladan dan pengajarannya...
dan...
untuk menghadapi hari esok...
jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman
dalam menerokai
sebuah penghidupan...

~noura azieta~


July 27, 2011

tetak kepala,pancung leher....


Berita dari Harian Metro
Selasa
26 Julai 2011

SEREMBAN: Misteri kehilangan seorang ejen pekerja asing sejak dua hari lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri di sebuah ladang getah di Felda Pasir Besar, dekat Gemas, awal pagi semalam.
Lebih memilukan apabila mayat Mohd.Sopian Mustafa, 34, yang hampir reput dan dipercayai dibunuh ditemui adiknya dalam lubang sedalam kira-kira satu meter dan ditutupi dengan daun kering. 
Menceritakan penemuan, Mohd.Yatim, 29, berkata dia berasa tidak sedap hati apabila dimaklumkan polis mengenai penemuan kereta Perodua Kancil milik abangnya di ladang berkenaan, kira-kira 12.20 tengahari malam kelmarin.
"Sejurus tiba, saya segera mencari di sekitar kawasan itu sebelum menemui satu lubang mencurigakan yang hanya ditutupi daun kering kira-kira 50 meter dari kereta berkenaan."
"Sebaik mengalihkan daun kering tersebut, hati saya remuk melihat mayat abang yang hampir reput dengan kepala hampir terbelah dua dan masing-masing satu daripada pergelangan tangan dan telinganya putus."
"Lebih mengerikan apabila leher arwah hampir putus selain turut mempunyai kesan luka pada beberapa anggota badan", katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini semalam.
Dia yang juga anggota tentera yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin Gemas berkata, mayat arwah abangnya anak kedua daripada enam adik beradik ditemui masih berpakaian lengkap tetapi dompet dan telefon bimbitnya didapati hilang.
Ibu mangsa, Fauziah Ahmad 53 tahun, berkata, anak lelakinya itu sempat memberitahu mahu keluar dari rumah mereka di Kampung Temeris, Bahau, untuk meemui seseorang, kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris, Bahau, semalam.

kenapa ye aku tulis/update post ini?
kerana mangsa adalah sekampung dengan aku...
dimata aku...
sekenalnya aku dengannya yang aku kenal dia sejak kecil...
dia seorang yg berbudi bahasa...
menghormati orang tua...
peramah...
periang...
kuat berjenaka...
suka menghulurkan bantuan pada orang yang minta bantuan....
dan
orang yg selalu minta tolong darinya adalah ibu ku...
sebab kami adik beradik berada jauh dr kampung...
kalau ada masalah @ perlu bantuan segera...
ibu ku sering meminta bantuan darinya....
dan dia pun x pernah nak membantah...
x pernah minta imbuhan walaupun untuk secawan kopi....
tapi takdir Ilahi menentukan segalanya....
dia pergi dengan cara yang sungguh menyayat hati....
kali terakhir aku jumpa arwah semasa kenduri kahwin di kampung aku bulan enam lalu...
dia yang peramah datang menyapa aku
"kak ita sihat?"
"kenal saya x?"
dan ayat yang sering keluar dari mulutnya sejak aku di kampung
"kak ita cantik lah..."
"suka tengok kak ita..."
selepas ni hilang sudah seorang kawan
seorang adik yang baik budi...

"pian,akk doakan semuga pian tenang di sana...bersama insan yang beriman,yg di kasihi Allah"
budi baik mu selama ini akan akk kenang sehingga akhir hayat...dan semuga orang yang melakukan kekejaman terhadapmu akan menerima balasan yang setimpal dari pihak berkuasa juga dari Allah S.W.T....
amin...ya rabbal al'amin...
Kepada acik Puji dan acik Tapa...
Pada Sandry,Dayang,Yatim.... semuga tabah menghadapi dugaan ini...memang pahit dan payah untuk menerima takdir ini...tapi redhalah dengan ketentuan takdir Illahi...semuga ada hikmah dan hidayah dari Allah untuk acik sekeluarga...

~noura azieta~

July 24, 2011

ziarah menziarah...


malam kelmarin aku dpt berita yg agk mengejutkn...
anak buahku
umi nasirah
&
fareed
menghubungi aku menerusi fb kerana
tidak dpt menghubungi aku menerusi telefon
mana tak nya
dia hubungi aku dengan nombor lama aku
yang dah berzaman aku x gunakan
dia
memberitahu bahawa ibunya
iaitu akak ipar ku
kakak Siti Rahmah
di masukan ke wad Kardiologi
Hospital Selayang
kerana tekanan darah tingginya naik mendadak
sehingga kakak ku ni x sedar seketika
doktor terpaksa menurunkan tekanan darah tersebut
kerana bimbang akan mendatang kesan kepada otak
dan
doktor juga bimbang
jika melibatkan masalah jantung semula
alhamdulillah...
bila dapat distabilkan
dia sedar semula cuma ambil masa untuk mengenali
insan sekeliling...
dan
tadi petang
aku sekeluarga menziarahinya di sana
alhamdullillah.....
aku lihat akak ipar ku kini
beransur pulih
walaupun masih berkeadaan lemah
x boleh bangun
dan memerlukan rehat yang panjang
tapi keadaannya jauh berbeza dari hari pertama
dia di masukan ke wad dulu.
aku doakan semuga akak ipar ku ini
segera sembuh dan kembali sihat
seperti sedia kala
amin.
ketika sampai tadi
melihat keadaannya
hati aku sebak sekali...
tiada kata2 yang mampu aku katakan
aku terdiam...
terpaku...
aku bertahan supaya airmata aku x tumpah
kerana
melihat keadaannya
mengingatkan aku kepada arwah mak
tambahan pula keluh kesah,rungutannya
yang serba x kena...
menyegarkan kenangan silam
aku dengan arwah mak
*
*
*

ihsan google sebab aku x terlupa bawa fon
semasa kat hospital td aku jumpa
umi
epol
eha
fuad
ayed
ida
pak cu
mak cu
lagi....????????
xde...
lama sudah aku x berjumpa mereka ini
rasanya dh hampir 3 tahun...
semuga ikatan silaturrahim kembali bertaut...
amin

~noura azieta~

sentiasa sayang dan rindu kamu....

mama sayang kamu berdua....

april
*
*


uban
*
*



dan kamu kamu kamu semua...
mama rindu kamu...

cico

may

aboi

baby

belle

burn

harry

hazel

manja

snow

manja n uban...tidur,mkn n gurau bsama

baby bersama anak2nya...
april,noty,curl,snow...
sehari sebelum baby mati kna pukul oleh manusia yang
xde otak yang waras...

aku memang suka n sayang dgn kucing
x kisah lh kucing tu apa kale bulu dia
kucing sapa pun...
kalau aku jumpa kucing
walau kat mana pun
aku mesti nk usik
x puas ati kalau x sentuh
dan
kalau aku jumpa kucing kat tepi jalan
tepi longkang
atau mana2 tempat yang x sepatutnya
aku akan kutip dan tempatkn
ditempat yang selamat
kalau dulu sebelum aku ada baby
dah semestinya kucing tu aku bawa balik ke rumah
tapi kena tahan telinga lah dengan bebelan
sang suami tercinta...
sebab dia memang x berapa suka dengan kucing
x tau ler kenapa



~noura azieta~

July 22, 2011

makan dalam kuali...


tgk ler
bukan main besar dia nganga kn
x malu betul
*
*
*
dh ler ngadap
kuali
ishishish
anak sapa ler ni kn?
semlm mkcik ni puasa
melayan rasa teringin dia nk mkn kuay tiaw grg
saya ikutkn je lh
kalau semalam mkn dlm kuali
arini mama nk bg adik mkn dlm periuk pulak...
nak x?
mama de periuk kecik tu...
ok pe...
kilat2 lg...
:p




~noura azieta~

erryn kini setahun....

12 julai 2011
anak manja mama n papa kini dah setahun
sekejap je masa berlalu
erryn dh setahun
mama rasa macam baru semalam je
mama lahirkan erryn tau

syukur pada Allah
kerana sehingga saat usia erryn cecah usia setahun
erryn x pernah demam
x pernah selsema
x pernah batuk
atau apa juga alahan lain
mama harap sangat
keadaan ini akan terus berpanjangan ye sayang

walaupun kini anak mama dah setahun
tapi anak mama belum ada gigi
belum pandai jalan
anak mama ni berat montot yeh?
ke ada emas kt kaki tu?
hihihi
xpe lh kn...
biarlh org nk kata apa pn
yg penting anak mama sihat
anak mama boleh jalan
n nt ada gigi juga
lambat cikit pun x pe kn?
tp
tp
tp anak mama ni
ringan mulut...
sama je macam kak lyn kn?
potpet potpet
ye sayang....

mama cukup terharu bila
erryn panggil
"mama"
"mama...mam" bila nk mama suap makanan lg
"mama...Nyen" bila npak mama pegang botol susu
"papa"
alahaiiiii....
bisa merembes airmata ini sayang....

semasa mama tulis entri ni
malam tadi anak mama dah mula melangkah
walaupun setapak dah jatuh
tapi mama bangga sangat...
teruskan ye sayang...
mama x sabar nak tunggu
manja mama ni jalan
terkedek mcm itik pulang petang
ekikiki
sweetttt....









































kek comel dr kakak comel...
tQ kakak... :)
kakak belanja awal seminggu dari tarikh birthday erryn...


~noura azieta~

July 11, 2011

ketika.... saat....


ketika dirimu tidak dihargai
saat itu kau sedang belajar ketulusan hati...
ketika usahamu dinilai tiada kepentingan
saat itu kau sedang belajar keikhlasan...
ketika hatimu terluka sangat dalam
saat itu kau sedang belajar memaafkan...
ketika kau merasa sepi dan sendiri
saat itu kau sedang belajar mengenali erti hidup...







~noura azieta~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...