hujan cinta ...

August 26, 2011

teringin....

aku teringin nak makan


teringin nak yg ini juga


yg ini juga


juga ini


walaupun aku tahu bagaimana nk menyediaknnya
tapi disetiap Syawal menjelma...
masakkn arwah mak juga yg aku rindukan
yang aku inginkn
air tangan arwah mak
bagi aku adalah yg terenak...

~noura azieta~

mama... lapoooo...

muka dak lapooooo...
jd mama pn bancuhkan adunan
2 cawan tepung
2 biji kentang-rebus,lenyek
(saya guna russet potato)
5 sudu gula-cairkan dgn setengah cawan air
1 sudu besar ibu roti
uli seperti membuat doh
(air jgn guna semua,masukkn sedikit demi sedikit ikut adunan)
perap jup

n
bila dh naik
uli semula
 bila sebati boleh lah goreng dgn api yg sederhana
sebab ianya akn cepat hangus

selepas itu
suh dia goreng
sebab mama nk ber'fb'
hikhik...
jadinya hasilnya gini

jemput makan semua...
~noura azieta~

August 25, 2011

mood raya kah???



ce teka apakah itu?
hikhik...
orang melayu kata itik
orang jawa kata bebek
omputih kata duck...
itik ni posing cun je...
tu yang amik pic dia td kt c4 subang jaya



yessss...
rendang itik siap sudah...

bahan2nya:
setengah ekor itik
21 tangkai cili api
2 batang serai
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
sedikit asam jawa
sedikit garam
sedikit perasa jika suka

cara menyediakannya sama je dgn rendang ayam
jika suka boleh ditambah dengan
daun pegaga
daun puding
bacang
kacang panjang
belimbing buluh
tapi bukan campur semua ye
ikut selera masing2 lah

~noura azieta~

August 24, 2011

24 ramadhan...



detik itu...
semakin menghampiri...
semakin sendu...
semakin sayu dan piluuuuu...

setiap tahun aku akan menganyam ketupat
berteman linangan airmata
sebab
inilah hasil tunjuk ajar arwah mak...
x rugi aku belajar
kerana secara x langsung aku dapat
menghidangkannya
di setiap pagi Syawal
dan setiap tahun juga suami ku akan memintaku
mengadakannya

tahun ni
pastinya aku akan menganyam ketupat bersama erryn
babay manja ku
aku x taulah berapa yg boleh siap
dan berapa helai daun pulak yg rosak
jadinya kena ambil janur lebih...
jangan nanti aku jadi
macam pic kt bawah ni dah lh ye...
x mooo...
x relaaaaaa
hahahahahahaha


ehsan cik gugel


ni pun ehsan cik gugel
tapi yg x sedapnya
captionnya
"javanese women make ketupat"
aku pun org jawa gak weyhhhh
tapi aku buat anyam ketupat pakai baju...
xde nk tayang tettttt gitu jerkkk
menjatuhkn maruah org jawa je...

~noura azieta~




sori ek...terpaksa...



cik T...
oooo
cik T...
sori ler cik T ye...
aku terpaksa bersikap kejam dengan engkau
walaupun ketika ni di bulan puasa
sebabnya engkau ni amat2 lah merbahaya pada kehidupan aku...
baru beberapa hari je
engkau terlepas masuk dalam rumah aku
kau dah punahkan wayar mesin basuh aku
bukan je wayar kat bahagian injin
tapi juga kat bahagian setting
dah ler mesin tu fully auto
mujur kau x keras kena karen...
kiranya kau ni bijaklah sebab kau buat kerja
masa aku dh suis off karen tu
kalau x...!!!
kompom kau dh jadi bbQ!!!
hikhik...
jadi...
sebelum kau buat projek yang lain
aku terpaksa menamatkan riwayat hidup kau terlebih dahulu
jadi aku harap kau
aman damai ler kat sana ye...
maafkan aku ye cik T...

p/s: pnat bkejar dgn hb nk tgkap dia...bpeluh2 dibuatnya...dh lh rmh kecik...bulan pose plak tu...

~noura azieta~

August 18, 2011

laksa penang...

sekian lama x bersiaran...
setelah lama blog terbiar hampir seminggu...
arini aq muncul semua dgn laksa penang yg x cukup sifat...
hihi...
sebab banyak benda xde...
xde nenas
xde petis udang
xde daun pudina
xde limau kasturi
xde lada hiris
gini ler jadinya bila buat sesuatu dlm bidan terjun...
apa pun alhamdulillah...
selesai segala...
licin...


pinjam pic kt cik gugel...sb pic aq x leh upload...
ermppp


August 8, 2011

ayam penyet...

petang semalam kami sekeluarga berbuka puasa bersama
Mak,Comel dan Adzry...
kami memilih untuk menjamu selera di Restoran Ayam Penyet Ria
menu makanan masyarakat jawa...
maklum je...
kami pun orang jawa juga...
tapi jawa Malaysia ler...
dok leka borak...
sampai lupa nk abadikan kenangan bersama masa kat sana
hahaha...
macam dah lama x jumpa pulak...
yang ada gambar c kecik je

 















sayur pecel...
memang sedap...
ada tauge,kangkung,tahu,kerupuk,timun,
kacang panjang dan sambal pecel...
memang licin kalau dapat... :p

sup rawon...
sup daging tetel berkicap...

sup ekor...

selain ayam,ada juga ikan keli...
dalam bahasa jawa "iwak ley-ley"
jadi yang tu ley-ley penyet...














petang semalam memang ramai orang...
penuh...
mungkin disebabkan hari ahad...
semuanya gantung periuk termasuk aku...
hehehe...
mujur aku dah buat tempahan awal...
kalau x,memang x merasa ler nak isi perut kat sini...

~noura azieta~

August 2, 2011

dia datang lagi...

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
 


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
 
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
 
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
 
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

aku dapat rasakan dia dtg lg sejak kebelakangan ini...tapi aku hanya menidakkan dan anggap dia x akan dtg lg...tapi sejak semalam...aku btahan kerana aku nak puasa...walaupun tanda-tanda awal sudah jelas...
aku x nafikan...kebelakangan ni perasaan aku memang tertekan...kepala otak aku sarat memikirkan sikap2 manusia disekeliling aku...aku jadi mangsa keadaan...
semuga Allah memberikan aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini...
perjalanan aku masih jauh...
masih panjang...

 

Laksa goreng...


favourite
suami n anak daraku...
**
****
sebungkus laksa basah
3 ulas bawang putih-ketuk
2 sudu besar cili kisar-ikut suka
sebiji telur
sedikit daun kucai - ptg 2cm
sedikit kicap pekat
sedikit tauge
sedikit isi kerang
sedikit udang
garam
bahan perasa
*****
**
cara menyediakannya
sama seperti kita mengoreng kuay tiaw goreng

~noura azieta~

August 1, 2011

Selamat Berpuasa...

Selamat Berpuasa
kepada
seluruh umat Islam dimuka bumi ini
pada keluarga tercinta
pada semua teman-teman tersayang
dialam nyata
jua dialam maya
juga
kepada
para pengunjung blog saya
samada saya kenali
atau pun tidak
diseluruh pelusuk dunia

1 Ogos 2011
bersamaan
1 Ramadhan 1432H


"Wahai orang-orang yang beriman,
telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa 
sebagaimana telah
diwajibkan ke atas umat-umat
yang sebelum kamu,
semuga kamu menjadi
orang-orang
bertaqwa."
Al-Baqarah : 183

~noura azieta~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...