hujan cinta ...

July 19, 2012

Salam Ramadhan 1433/2012



Kepada seluruh umat Islam dimuka bumi Allah ini
kepada semua pengunjung blog saya
Selamat berpuasa...
semuga segala amal ibadah kita sepanjang
bulan Ramadhan ini diberkati Allah...
Amin...

salam Ramadhan dan salam sayang
--nOura--



#jangan puasa yang yang yok ok... :)

Happy Birthday Baby mama...

my baby erryn

12 Julai 2012
12:34pm
kini genap my baby berusia 2 tahun
dia semakin bijak
semakin keletah
semakin petah berkata2
semakin lasak
semakin nakal juga
semuanya seiring jalan
yang pasti
dia membesar depan mata aku
masa aku dengannya terisi dengan sepenuhnya
menjaganya,mendidiknya,
dengan penuh rasa kasih sayang..
dia hadir selepas 12 tahun...
dia lah penawar..
dia pengubat hati lara..
dia juga penghibur penat lelah papa pulang dari rezeki...
dia kesayangan kami....
dia baby doll kakak nan seorang...

love u Erryn...
doa dari mama dan papa
semuga anak mama papa menjadi
seorang anak yang baik...
yang bijak...
yang pintar...
yang aktif...
yang solehah...
yang sihat selalu...
yang mendengar kata papa mama...
amin

seruan ilahi...

Bilik Mayat
Hospital Serdang
9 Julai 2012
perginya seorang insan yang bergelar suami tanpa diduga
penantian seorang isteri yang menanti kepulangan
suami akhirnya diakhiri dengan
perkhabaran duka...
semuga teman ku ini
kuat dan tabah
menghadapi dugaan ini
kehidupan harus diteruskan
semuga roh suamimu berada dalam kalangan
insan yang soleh dan dikasihi Allah.
Amin.
Al-fatihah....







'huru-hara' bahana salah guna laman sosial

kebelakangan ni aku memang jarang on9 fb,jarang update blog aku...jadi masa yg ada aku isikan dgn mbaca banyak bahan bacaan dan antara topik yang menarik minat aku ialah... jom kita baca bersama sebab aku suka nk kongsi dgn pengunjung blog aku yang x seberapa ni...


    


"" Perkembangan dunia teknologi kini memang pesat terutama dalam bidang media sosial seperti  facebook, twitter dan blog.
Namun, ramai menyalahgunakan penggunaan laman sosial itu hingga mencetus gejala sosial tidak disangka-sangka.
Laman sosial yang pada mulanya bertujuan baik kini bertukar menjadi perbuatan yang boleh mencetuskan masalah pada diri sendiri atau orang lain.
Contaohnya; mendedahkan keaiban seseorang juga menjadi tempat meluahkan pelbagai perasaan seperti sedih, kecewa, benci, marah dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila ramai memberi komen samada membina atau sebaliknya.
Tidak dinafikan ramai penggemar laman sosial suka berkongsi dan meluahkan perasaan kepada orang lain.
Adakalanya ia mungkin bukan untuk menjatuhkan imej seseorang bukan pula membuka aib atau mencari penyelesaian tapi sekadar meluah perasaan.
Malangnya, tanpa disedari ianya tetap menjurus kepada sikap negatif lain yang boleh menjatuhkan keperibadian orang lain, sekali gus menimbulkan permusuhan.
Bukan itu saja, laman sosial itu turut menjadi 'pintu' kepada kemusnahan keselamatan dan maruah wanita.
Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya cukup teruja memuatkan gambar mereka dengan gaya dan aksi pelbagai.
Kesannya, ramai lelaki yang menyamar wanita untuk menjadi kawan seterusnya mendapat maklumat yang sepatutnya disembunyikan.
Sebahagian lelaki yang berang kerana tidak diterima menjadi rakan pula turut boleh memanipulasikan keadaan dengan menyamar sebagai kaum sejenis.
Akhirnya semua maklumat yang ingin disembunyikan tetap terdedah.
Lebih buruk lagi apabila gambar dalam keadaan terbuka turut menjadi tontonan yang akhirnya boleh menjejaskan maruah diri.
Sebenarnya, banyak keburukan laman sosial yang perlu diambil perhatian meskipun kebaikannya juga setara.
Ia boleh menjadi sumber yang boleh dimanfaatkan andai kata dipergunakan dengan sebaiknya namun ia juga boleh menyebabkan hidup huru-hara jika disalah guna.
Justeru, tepuk dada tanya selera bagaimana anda harus memanfaatkannya.""

Sumber dari Pena Kampus:
Hasil tulisan Raihana Syahmimi Ahmad Jamil
Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab dan Kominikasi
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai,
Negeri Sembilan.
Harian Metro
Isnin, 2 Julai 2012























tersungkur di sini

tersungkur di sini...
dari mata tangga ke empat ke bawah...


aku tak tau nak cerita dari mana tapi yang pasti...
aku bersyukur pada Allah sebab Dia masih melindungi aku dan baby ku dari kejadian yang lebih buruk... syukur kerana ketika itu baby ku terselamat dari kecederaan dan hanya aku yang mengalaminya...
dan di sini...apa yang boleh aku katakan

-- mujur dia tak terlepas ke bawah dari tingkat atas balkoni tu sebab penghadangnya terlalu rendah
-- mujur aku atau dia tak terhantuk ke dinding atau pasu bunga yang tersusun rapi tu tak menimpa kami
-- mujur dia tak terlepas dari dukungan aku dan tergolek ke tangga seterusnya
-- mujur aku tak menghempap anakku sendiri
-- mujur besi2 penghadang tu tak ada yang reput masa aku berpaut

sehingga ke hari ini,bila aku teringat aku menangis sendiri sebab takut sangat terjadi sesuatu yang buruk berlaku masa tu...dan sehingga sekarang aku masih terigau2 dan terkadang terbawa dalam mimpi...
aku pun tak tau macam mana boleh terjadi tapi yang pasti memang sungguh menyakitkan...dan kini aku lebih berhati2 bila menyusuri tangga itu...

July 8, 2012

open day smksu

me: assalammualaikum cikgu... (sambil hulur tangan bersalaman...)
cikgu: waalaikummussalam... anak puan?
me: nur azlin... (sambil menunjuk anak dara ku yg sedang mengejar adiknya yang berlari2 dlm dewan)
cikgu: ooo...azlin...budak good girl ni... (tersenyum lagi...)
me: (berkerut dahi aku..) ye ke cikgu dia good girl?
cikgu: ye...sungguh puan,azlin langsung tidak mendatangkn masalah pada guru dan rakan2...guru2 menyenanginya...dia antara pelajar perempuan contoh di tingkatan dua sekolah ini...sy sebagai guru kelas berbangga dengan dia cuma sy nak minta pihak puan n azlin juga (sambil memandang ank aku yg tengah senyum2 sb kena puji dgn cikgu kelasnya) memantau pelajaran azlin terutama beberapa subjek penting supaya dpt markah lebih baik lagi dr yg ada skrg ni utk exam akhir tahun...sy nak azlin terus ada di tahap sekarang dn lebih baik lagi utk exam pmr tahun dpn... ye azlin,ingat pesan cikgu...cikgu nk kamu tunjuk prestasi yg membanggakan sekolah juga ibu bapa kamu...
azlin: insyaAllah cikgu...(senyum,angguk2 je...)
me: insyaAllah cikgu,sy akan beri kerjasama dgn cikgu dn memantau azlin...semuga azlin tidak menghampakan harapan kita semua... (aku tersenyum,sambil memeluk anak dara aku yg sorg ni...jauh kt sudut hati,aku berbangga memiliki anak seperti dia..) 

senyum tak ihklas...muka cuak gilerrr...

tunggu giliran ambil keputusan exam....

selepas menandatangai borang kehadiran,slip keputusan exam,aku pun beransur balik ke rumah... :)

undangan pertama.....

aku post cerita basi lagi...
hikhikhik...
tak pe lah kn...
yg penting blog aku berjalan macam dulu...
sebenarnya ukan cerita apa pun...
cuma nak share...
walaupun aku org baru kat aparment ni...
jiran tetangga kt sini bebaik...
ermppp...
aritu 30 Jun 2012...
ada majlis perkahwinan sama blok tmpt tinggal aku...
mereka jemput aku turut serta...
bukan jemput mulut je...
tapi siap dgn kad undangan...
datang ke pintu rumah...
alahaiiii...
terima kasih ler bebanyak...
aku g ler gak sb nk berkawan kn...
malu pun ada tapi aku buat selamba je...
:)


haaa...tu dia...
putih hijau tu...
pic curik ni tau...
nak amik pic bebetul,segannnnnn...
yang pasti...
acar buah kt tmpt kenduri ni sedap...
nyum...nyum...nyummm...


July 2, 2012

happy birthday sayang mama...



30 Jun 1998 ~ 11:01am ~ 3.98kg dan kini... hari ini usia adik genap 14 tahun...
adik anak yang baik,bijak dan taat pada papa dan mama juga anak yang sangat memahami keadaan kami...anak yang menghormati guru serta rakan juga insan yang lain... adik juga kakak yang penyayang,kakak yang penyabar dalam melayani kerenah adikmu yang seorang...semuga adik menjadi contoh terbaik pada satu2nya adik adik dan sentiasa menyenangkan hati semua insan yang berada disekeliling adik...
anak mama sayang...
doa mama dan papa semuga Allah sentiasa melindungimu dari segala perkara buruk,sentiasa sihat,dipanjangkan usia dan jadi seorang anak yang membahagiakan serta membanggakan keluarga...jadi insan berguna pada agama,bangsa juga negara... mama/papa sayang adik dan tiada sedetik dihati ini melupakanmu...



"kini kita adalah teman baik...
teman berbicara soal hati dan perasaan...
teman bergaduh yang hanya seketika...
teman ketawa tak kira masa...
terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan dia..
dia yang menyenangkan mama papanya..."


station one



bulan lepas my hubby dpt voucher station one
dari syarikat dia berkerja
tapi
29 jun 2012
baru kami g makan2,minum2,relax2
kat sana...
adalah dalam sejam lebih kami kat sana...
tinggal sehari je lagi tarikh akhir nak tamat...
lagi pun sengaja g last minit sebab kekononnya sama nak celebrate
birthday my anak dara yang ke 14...
yang bertarikh 30 jun 2012
bukan makan apa pun
cuma minum2 je sambil dengar muzik
tengok kiri...
tengok kanan...
tengok orang jejalan2 kt depan tu...


yang penting voucher habis dibelanjakan
dan kami dapat claim voucher yang lain pulak...
yeaaaa....
makan free lagi...


sms my sis...



tadi baring2,tak tau nak buat apa...anak2 pun tidur...suami keluar berkerja...nak on9 fb pun malas...aku baca semula semua sms yang masih tersimpan dalam inbox fon kesayangan aku...dari satu ke satu conversation aku bukak...aku baca... aku terbaca sms ni...antara aku dgn my sis in law... tak ada yang menarik pun sebenarnya dlm sms tu cuma aku je rasa bersalah pada dia dan sedih sebab dah banyak kali my sis buat kenduri tahlil untuk arwah abang tapi aku kerap x dapat nak ada sama dalam majlis tu sedangkan pada waktu yang lain...di tempat yang lain aku ada... aku rasa aku x berlaku adil...
tapi sapa yang tahu..sapa yang ambil tahu akan isi hati aku?? menangis pun aku sendiri...telan semua walau pahit... dan dalam masa yang sama my sis langsung x marah...x berkecil hati dengan aku kerana dia memahami keadaan aku...cuma rasa bersalah itu semakin hari semakin menebal dalam hati dan perasaan aku ini...malu usah nak kata...
maafkan adik...semua ni bukan adik sengaja nak lakukan... :(

selamat tinggal dan selamat berhijrah...





selama 12 tahun aku menetap di sana
banyak kisah suka duka
riang gembira bahagia derita
bersama keluarga kami tersimpan di rumah itu
walau sayang segunung emas sekali pun
kami terpaksa meninggalkannya
kerana rumah itu bukan milik kami
kami hanya menyewa...
dan kami dengan berat hati terpaksa melangkah pergi
meninggalkannya dengan linangan airmata
12 Mei 2012
kami berhijrah dengan membawa semangat baru
dengan harapan segala kedukaan kami
tidak akan berulang kembali di sini
dan di sini kami memulakan hidup baru



kami di sini sekarang
alhamdulillah...
setakat sebulan lebih di sini kami rasa ada keserasian
semuga kami kekal di sini... amin

wOndering....


ermppp
hampir 6 bulan tak update blog
bukan malas tp memang malas pun... :)
kadang ada keinginan nak update tapi
masa tak mengizinkan maklum je
ada baby yang sedang lasak
yang memerlukan perhatian rapi
aku juga mohon maaf pada pengunjung setia blog aku
terima kasih jika masih sudi datang walaupun
aku tak update apa2

LOVE UOLS
jadi
selepas ni mungkin aku akan aktif semua ber'blog'
cuma untuk memulakannya aku x tau nk post apa dulu???
ermpppp....
banyak sangat yang dah tertinggal
tak pe lah...
aku post yang terkini je dulu
harap pada yang masih sudi berkunjung
jangan jemu dengan blog aku yg x seberapa ni...


terbeliak biji mata nak cari idea... :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...