hujan cinta ...

July 19, 2012

'huru-hara' bahana salah guna laman sosial

kebelakangan ni aku memang jarang on9 fb,jarang update blog aku...jadi masa yg ada aku isikan dgn mbaca banyak bahan bacaan dan antara topik yang menarik minat aku ialah... jom kita baca bersama sebab aku suka nk kongsi dgn pengunjung blog aku yang x seberapa ni...


    


"" Perkembangan dunia teknologi kini memang pesat terutama dalam bidang media sosial seperti  facebook, twitter dan blog.
Namun, ramai menyalahgunakan penggunaan laman sosial itu hingga mencetus gejala sosial tidak disangka-sangka.
Laman sosial yang pada mulanya bertujuan baik kini bertukar menjadi perbuatan yang boleh mencetuskan masalah pada diri sendiri atau orang lain.
Contaohnya; mendedahkan keaiban seseorang juga menjadi tempat meluahkan pelbagai perasaan seperti sedih, kecewa, benci, marah dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila ramai memberi komen samada membina atau sebaliknya.
Tidak dinafikan ramai penggemar laman sosial suka berkongsi dan meluahkan perasaan kepada orang lain.
Adakalanya ia mungkin bukan untuk menjatuhkan imej seseorang bukan pula membuka aib atau mencari penyelesaian tapi sekadar meluah perasaan.
Malangnya, tanpa disedari ianya tetap menjurus kepada sikap negatif lain yang boleh menjatuhkan keperibadian orang lain, sekali gus menimbulkan permusuhan.
Bukan itu saja, laman sosial itu turut menjadi 'pintu' kepada kemusnahan keselamatan dan maruah wanita.
Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya cukup teruja memuatkan gambar mereka dengan gaya dan aksi pelbagai.
Kesannya, ramai lelaki yang menyamar wanita untuk menjadi kawan seterusnya mendapat maklumat yang sepatutnya disembunyikan.
Sebahagian lelaki yang berang kerana tidak diterima menjadi rakan pula turut boleh memanipulasikan keadaan dengan menyamar sebagai kaum sejenis.
Akhirnya semua maklumat yang ingin disembunyikan tetap terdedah.
Lebih buruk lagi apabila gambar dalam keadaan terbuka turut menjadi tontonan yang akhirnya boleh menjejaskan maruah diri.
Sebenarnya, banyak keburukan laman sosial yang perlu diambil perhatian meskipun kebaikannya juga setara.
Ia boleh menjadi sumber yang boleh dimanfaatkan andai kata dipergunakan dengan sebaiknya namun ia juga boleh menyebabkan hidup huru-hara jika disalah guna.
Justeru, tepuk dada tanya selera bagaimana anda harus memanfaatkannya.""

Sumber dari Pena Kampus:
Hasil tulisan Raihana Syahmimi Ahmad Jamil
Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab dan Kominikasi
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai,
Negeri Sembilan.
Harian Metro
Isnin, 2 Julai 2012























0 chit chat.....:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...