hujan cinta ...

Showing posts with label periuk hangus. Show all posts
Showing posts with label periuk hangus. Show all posts

October 5, 2012

agar2 jelly hijau


agaknya aritu disebabkan selera x datang lagi sebab baru sihat dari keracunan makanan...
tekak aku ni merepek je nak makan yang bukan2...
dalam banyak2 benda makan,agar2 jelly hijau yang aku inginkan...mujurlah ada yang segera...
jadi,sepantas kilat je lah aku membuatnya...
ermppppp...
makannya x seberapa...
teringinnya melebihi orang mengidam...
hihihihi....

September 15, 2012

sate goreng (daging lembu)




1/2 kg daging
2 batang serai-titik
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
sesudu kecil kunyit serbuk
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
2 sudu besar jintan manis*
2 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu madu/gula merah
sedikit garam
gula pasir sebagai penambah manis jika
kurang manis
sedikit minyak

bahan * harus ditumbuk @ kisar

cara penyediaan:

Daging dipotong kecil,ikut saiz sendiri. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. Rasa masin dan manis ikut selera sendiri. Kemudian perap, sekurang-kurang sejam lamanya supaya rasanya serap ke dalam daging. Dengan menggunakan minyak yang sedikit,goreng daging tadi sehingga masak dan kekuningan.

#boleh juga menggunakan ayam

~~nouraazieta~~

August 19, 2012

kek batik

sebenarnya...
aku suka sangat makan kek batik ni tapi aku x tau nk buat sebab aku ingatkan susahlah sangat.
aku penah bertanya dengan seseorang macam mana cara nak membuatnya...
tapi punyalah kedekut resepi...
subhanallah...
haaa...masa tu pulak aku ni buta i.t.
x reti nk cari kat mana...
kesian kan...

dan akhirnya aku dapat juga membuatnya...
share dari kawan kt facebook
terima kasih my fren


bahan:

~ sebungkus biskut marie-xkisah jenama apa
~ 250g butter/planta
~ 250g susu pekat
~ 3 biji telur
~ 100g serbuk coklat


cara membuatnya:

~ satukan kesemua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie
~ kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil sehingga bancuhan coklat menjadi pekat dan likat
~ patahkan biskut marie kepada 4 @ 3 bahagian
~ masukkan biskut marie tadi ke dalam bancuhan coklat tadi dan kacau sehingga semua biskut marie bersalut dengan coklat.
~ gaul dengan hati-hati untuk mengelakkan biskut hancur
~ setelah sebati, masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas minyak @ plastik
~ ratakan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat
~ masukkan dalam peti ais semalaman untuk dapatkan hasil yang cantik dan memuaskan semasa dipotong


ermpppp
sekarang aku boleh buat sesuka hati aku
bila aku terasa nak makan








popia sira gula


sebelum goreng


selepas goreng dan tabur gula
bahan:

~ kulit popia sebungkus
~ minyak untuk menggoreng
~ gula castor
~ chopstik @ lidi sate - untuk mengulung supaya lebih kemas
~ putih telur - utk dijadikan gam melekatkan hujung kulit popia selepas digulung
~ gunting utk memotong

cara untuk membuatnya:

~ gulung kulit popia dengan menggunakan chopstik tapi jangan gulung ketat sb nanti susah nk keluarkan chopstik tersebut. Selain dari itu,jika terlalu ketat,nanti bila siap digoreng kita tak nampak lapisan popia.

~ pada akhir gulungan kulit popia, sapukan putih telur supaya melekat. Gulung hingga habis.

~ setelah siap semuanya,kita gunting gulungan td mengikut citarasa kita.

~ kemudian bolehlah kita menggoreng dengan menggunakan api yg sederhana untuk mengelakkan hangus.

~ angkat dan toskan. sejukkan sekejap.

~ setelah sejuk, taburkan gula ke popia tadi dan gaul raya.

~ simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan lemau

~ selain dari menabur gula kita boleh juga menyira dgn sira pedas @ nestum

**boleh menjana pendapatan sampingan



December 30, 2011

puding sagu mata ikan

masih post bab makan lagi tapi yang ni aku buat petang rabu aritu... bahan dah lama ada cuma disebabkn "M.A.L.A.S" bertakhta dijiwa...semuanya tertangguh je... akn terlaksana bila dah x larat nk empang air liur dr meleleh... hahaha...

resepi?
aishhh...
camner nk tulis ni...

300g sagu mata ikan
~cuci n masak dgn air sehingga masak ler...
bila dh masak,sejukkan...anda boleh memasukkn ke dalam acuan atau pun sekadar dalam loyang saja...n potong bila untuk menghidang... anda boleh warnakan mengikut warna kesukaan anda ye
seketul gula melaka
~rebus bersama secawan air dan daun pandan
setin susu cair
setin buah peach
atau apa2 saja buah2an kesukaan anda
~untuk hiasan

ok...
untuk hidangan....
masukkn sagu ke dalam mangkuk kecil,masukkan air gula,susu cair dan juga buah2an kesukaan anda sebagai hiasan

~noura azieta~



nasi lemak bOnda

 sarapan aku sekeluarga pagi semalam sebenarnya
tapi baru pagi ni aku nk update...
xpe lah kan... sama je...
bukan wajib pun nk update setiap ari...
yg penting ada je bahan yg aku nk post kt blog kesayangan aku ni...
wahhhh...
sayang ke?
ayat x leh bla kn?

aku rasa la
aku x perlu nk letak resepi cmner nk buat nasi lemak
nak buat sambal tumis bawang ikan bilis tu
nk goreng ikan bilis n telur mata kebau
semua org dh tau
tapi aku yakin de seperkara yg membezakan
iaitu cara memasak nasi lemak...
lain org lain caranya...
tp yg penting
dh masak leh ngap!!!
nyum nyum nyum....
hehehe

byeee...
~noura azieta~

December 27, 2011

Kek coklat mOist kukus...

mlm sabtu lalu, aku dgn ank dara aku main masak2...dia memang rajin menolong kalau tau aku nak buat apa2 makanan... x kisahlah aku nak buat apa pun,dia mesti nak tolong cuma aku je x pernah nak bagi dia peluang sebab dapur aku ni comel sangat...nanti berlaga punggung pulak...
di pendekkan cerita... mlm tu aku dgn ellyn buat kek coklat moist kukus... mlm tu aku lpaskn dia buat sendiri,lagi pun cara buat pun ringkas...aku bagi resepi dan segalanya dia yg buat tp riuh lh serumah...dh macam 5 org je...jup2
"mama...ni mcm ni betul ke?"
"mama,nk yg cm ni ke yg cm ni?"
"mama...nk basuh dulu x penyukat ni?"
erkkkk...penat mama jwp tp xpe...dia tjk minat jd aku suka ajar...


yg ni guna acuan apam...dh dia nk sgt,aku ikutkan...


yg ni ikut loyang kek...aku ikutkn gak...

kt bawah ni de resepi,kalau berminat boleh cuba buat...mudah dan ringkas...

Bahan A:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
**masak semua bahan dengan menggunakan api yg kecil. Bila semua dh sebati rehatkn sekejap

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
**ayak semua bahan 
}sudu kecil tu aku guna sudu kfc 

Bahan C:
4 biji telur
**kalau xde mesin kek,leh blender je...pastikan dh cuci bersih dr sisa lada/cili..kang kek org lain manis,anda punya pedas... hihi

***
--->>> satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang seli,gaul dengan senduk sahaja sehingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yg anda hendak guna tp pastikn yg acuan telah disapu dengan minyak tlebih dahulu untuk memudahknnya keluar bila telah masak. Kukus selama 30-45 minit-bergantung kepada saiz acuan yg anda gunakan. Kalau nak tau dh masak ke belum, sila cucuk dengan lidi...jika x melekat...dh masak ler tu...

~noura azieta~

December 22, 2011

pengat pisang...


petang semalam
ntah kenapa mulut aku ni cm nk mkn benda2 yg manis
yg menyejukkn tekak
tapi yg mengenyangkn perut
aku pun dok fikir pe lh yg sedap ye
nk tnya pendpt
semua gang tidur
aku plak terconggok sorg layan fb
sambil
dok ke depan ke dapur
tgk apa benda yg leh aku ngap...
alih2 tpandang pisang
aku pn xtau lh pisang apa
dlm ati ni
"kalau buat pengat sedap ni..."
aku pun tgk dlm peti es
santan de
daun pandan pn de
tgk balang tepung de tepung pulut
sagu biji pun de....
yessszaaaa...
zupppppp....
sepantas kilat aku menguli tepung pulut
tapi kali ni aku x mengentel...
aku ptg2 je...
nk cepat!!!
xsampai setengah jam siap..
kt depan aku dgr de org gigau
"ayang buat pengat pisang ye? wangi nye..."
hikhik...
jom mkn...

~noura azieta~


August 26, 2011

teringin....

aku teringin nak makan


teringin nak yg ini juga


yg ini juga


juga ini


walaupun aku tahu bagaimana nk menyediaknnya
tapi disetiap Syawal menjelma...
masakkn arwah mak juga yg aku rindukan
yang aku inginkn
air tangan arwah mak
bagi aku adalah yg terenak...

~noura azieta~

mama... lapoooo...

muka dak lapooooo...
jd mama pn bancuhkan adunan
2 cawan tepung
2 biji kentang-rebus,lenyek
(saya guna russet potato)
5 sudu gula-cairkan dgn setengah cawan air
1 sudu besar ibu roti
uli seperti membuat doh
(air jgn guna semua,masukkn sedikit demi sedikit ikut adunan)
perap jup

n
bila dh naik
uli semula
 bila sebati boleh lah goreng dgn api yg sederhana
sebab ianya akn cepat hangus

selepas itu
suh dia goreng
sebab mama nk ber'fb'
hikhik...
jadinya hasilnya gini

jemput makan semua...
~noura azieta~

August 25, 2011

mood raya kah???



ce teka apakah itu?
hikhik...
orang melayu kata itik
orang jawa kata bebek
omputih kata duck...
itik ni posing cun je...
tu yang amik pic dia td kt c4 subang jaya



yessss...
rendang itik siap sudah...

bahan2nya:
setengah ekor itik
21 tangkai cili api
2 batang serai
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
sedikit asam jawa
sedikit garam
sedikit perasa jika suka

cara menyediakannya sama je dgn rendang ayam
jika suka boleh ditambah dengan
daun pegaga
daun puding
bacang
kacang panjang
belimbing buluh
tapi bukan campur semua ye
ikut selera masing2 lah

~noura azieta~

August 18, 2011

laksa penang...

sekian lama x bersiaran...
setelah lama blog terbiar hampir seminggu...
arini aq muncul semua dgn laksa penang yg x cukup sifat...
hihi...
sebab banyak benda xde...
xde nenas
xde petis udang
xde daun pudina
xde limau kasturi
xde lada hiris
gini ler jadinya bila buat sesuatu dlm bidan terjun...
apa pun alhamdulillah...
selesai segala...
licin...


pinjam pic kt cik gugel...sb pic aq x leh upload...
ermppp


August 8, 2011

ayam penyet...

petang semalam kami sekeluarga berbuka puasa bersama
Mak,Comel dan Adzry...
kami memilih untuk menjamu selera di Restoran Ayam Penyet Ria
menu makanan masyarakat jawa...
maklum je...
kami pun orang jawa juga...
tapi jawa Malaysia ler...
dok leka borak...
sampai lupa nk abadikan kenangan bersama masa kat sana
hahaha...
macam dah lama x jumpa pulak...
yang ada gambar c kecik je

 















sayur pecel...
memang sedap...
ada tauge,kangkung,tahu,kerupuk,timun,
kacang panjang dan sambal pecel...
memang licin kalau dapat... :p

sup rawon...
sup daging tetel berkicap...

sup ekor...

selain ayam,ada juga ikan keli...
dalam bahasa jawa "iwak ley-ley"
jadi yang tu ley-ley penyet...














petang semalam memang ramai orang...
penuh...
mungkin disebabkan hari ahad...
semuanya gantung periuk termasuk aku...
hehehe...
mujur aku dah buat tempahan awal...
kalau x,memang x merasa ler nak isi perut kat sini...

~noura azieta~

August 2, 2011

Laksa goreng...


favourite
suami n anak daraku...
**
****
sebungkus laksa basah
3 ulas bawang putih-ketuk
2 sudu besar cili kisar-ikut suka
sebiji telur
sedikit daun kucai - ptg 2cm
sedikit kicap pekat
sedikit tauge
sedikit isi kerang
sedikit udang
garam
bahan perasa
*****
**
cara menyediakannya
sama seperti kita mengoreng kuay tiaw goreng

~noura azieta~

July 31, 2011

dadih strawberry utk esok

insyaAllah...
esok kita semua akan berpuasa...
jadi,pagi tadi aku pepagi lagi dah bangun...
biasanya kalau ari minggu...
bangun lewat sikit...
tapi
disebabkan nak memenuhi permintaan anak dara aku...
esok dia nak berbuka puasa dengan dadih yang aku buat...
jadi....
aku buatkan ler...
bukan esok x leh buat cuma 1st day puasa kan...
takut nanti x sempat je...
dadih ni resepi dari seorang rakan....
bukan serbuk dadih segera yang ada jual di kedai tu...
dari agar-agar,susu segar ikut perasa,gula dan air...

inilah hasilnya...
nyum3...
sejuk dah...
menyejukkan anak tekak....
sila3x...



~noura azieta~

July 22, 2011

makan dalam kuali...


tgk ler
bukan main besar dia nganga kn
x malu betul
*
*
*
dh ler ngadap
kuali
ishishish
anak sapa ler ni kn?
semlm mkcik ni puasa
melayan rasa teringin dia nk mkn kuay tiaw grg
saya ikutkn je lh
kalau semalam mkn dlm kuali
arini mama nk bg adik mkn dlm periuk pulak...
nak x?
mama de periuk kecik tu...
ok pe...
kilat2 lg...
:p




~noura azieta~

June 24, 2011

roti sardin goreng...

malam tadi selepas mkn mlm...buahati aku Ellyn dh request sarapan utk pagi td...
dia kata "mama,adik dh lama x mkn roti sardin goreng yg mama buat tu,mama bleh x buatkn utk adik pg sok? dua biji pun jadilah,dh kenyang adik mkn..." 
sambil tersenyum...
aku kata "boleh,semua ada...pg esok mama buatkn...tapi utk adik dua je tau...x leh mkn lebih!" 
hahaha...mcm kejam je aku ni dgn anak tapi sebenarnya aku gurau je...
xkn ler aku nk wt gtu kot kt anak sendiri...
maka pg tadi aku pun bgn seawal 8am...
semata2 nk buatkan roti sardin goreng kesukaannya...
mesej asben awal2 sebab takot nanti dia belikn sarapan pulak utk kami yg kt rmh ni...
bila sarapan siap,aku pun call asben balik makan...
tapi sampailah aku update blog ni, cik Lyn tu x bgon tidur lg...
biarlah...lg pun arini ari Jumaat,g sekolah pun lewat...
homework dia pun semua dh siap...
tapi aku x ler biorkan dia tidur sampai tinggi hari...
jup lagi aku panggil gak...
dah nk kul 10am...

ermpppp...lpas ni...ada lg keje...
siapkan hidangan mkn tghari pulak...
atoiiii...gini ler rutin seorang suri rumahtangga sepenuh masa....
masak,kemas rumah,cuci kain baju,jaga anak...n mcm2 lg...
dr pg sampai ler nk pejam mata mlm nt x kn ada habisnya...
apa pun ini adalah tanggungjawap seorang isteri n ibu...
buat dengan ikhlas k... :)


ini ler rupanya roti sardin goreng yg anak dara aku nk tu...
sila abaikan latar belakang yg x indah tu...
tgk roti tu je...
resepi???
ermpppp...x yah ler....uols lg pandai masak dr aku ni...
malu jer nk share kt sini...



~noura azieta~

June 23, 2011

sambal tempoyak ikan bilis....

alhamdullilah...
siap sudah tugasan aku untuk menyiapkan hidangan makan tengahari untuk hari ini...hanya tunggu asben balik makan saja...untuk asben aku dah masakan apa yang dia nak...untuk aku...? aku ada sesuatu yang aku nak makan tapi x kesampaian je dari hari tu...bukannya x de brg yang nk dibuat tapi kemalasan yang tinggi... tapi entah kenapa arini kemalasan aku tu lenyap....hidangan tengahari siap seawal 11.20am...ermppp best gak ek...lain kali leh rajin lagi...
bila dh rajin tu...aku pun masak sekali apa yang aku nk makan tu...sambal tempoyak ikan bilis... bendanya sebenarnya mudah je tp disebabkan hanya aku je yang nk mkn tu yang aku jadi malas nk buat...macam x seronok makan sorang...asben aku x mkn tempoyak...xtau lh kenapa tapi durian dia mkn pulak...ishhh ragam mcm2... tapi xpe,yg penting,mknan lain yg aku masak dia licin habiskan...

tu dia sambal tempoyak ikan bilis yang aku teringin sangat nk makan...
seciput je aku buat...sampai ke malam lah jwpnya aku mkn arini...hihihi...
selain menu atas,arini aku masak ikan talapia masak lemak cili api campur bacang, sawi goreng campur ikan bilis, ulam bendir celur cicah kicap berlimau...
jemput mkn kwn semua...



~noura azieta~

March 18, 2011

Akhirnya apa yg ku idamkn tercapai juga walaupun dh diluar kawasan mengidam....


ayam masak lemak cili api campur pucuk puding


ermppppp....
aku dh lama sgt nk mkn lauk ni
dan teringin sgt nk mkn

sejak aku mengandungkan erryn tp x kesampaian...
memang ler ayam tp part lauk ni de kelainan cikit...
sebab
menggunakan ayam pencen/ayam telur...
nk sedap lg gna ayam kampung...
sepekara lg ada pucuk puding...
ni yang aku nk sgt...
aku dh masak dh gulai yg sama dgn ayam bandar
tp
kepala otak aku dok ingt tang ni je...

lg pn x cukup sifat...
pucuk puding tu xde...
dh alihkn pn xleh...
rasa nk nangis bila ingat2kn...
ye lah...
lagi satu pun mana nk cari pucuk puding tu kt sini kecuali kt kg...dh tu yg adanya kt Kuala Pilah je...
memang ler dekat kalau nk balik
tapi

aku xnk lh sampai nk menyusahkn hubby
dia nk keje
kang kesian plak dia terkejar...
sebab aku ni jenis xmo menyusahkan hubby...
de kwn tlg carikan kt rmh mertuanya pn xde gk...
bkn pucuk je
dgn pokok2nya skali xde...
dh kna tebang...
aku pujuk je lah ati aku ni...
huhuhu...
tp
air mata ke tepi gak...
bila mkn ayam teringat...
tau je r kn emosi org mengandung ni...
mgu lpas balik kg sebelah hubby...
dh tu gerak pg dr cini...
suka sgt...
sbnya de peluang singgah pasar tani kt Pilah...
dpt aku beli sayur kg n yg penting pucuk puding tu...
alhamdulillah...
agaknya memang takdir Tuhan nak aku mkn lpas bersalin..
aku tgk leh katakn tiap meja penjaja yg jual syur de pucuk puding tu
sedangkn sebelum ni mmg xde lgsg...
aku pun beli dua ikat...
hihi
tamak je...
cm nk mkn puas2..
semalam...
aku tunaikan keinginanku yg dh tergendala tu
masa masak ati berbunga2
senyum je
hihi
xsabar nk tgu lauk masak...
nk ratah puas2
nk makan dengan penuh kenikmatan...
hubby pn usik aku...
"lpas ni jgn majok2 lg..dh dpt mkn tu..mkn puas2 abg x kaco..."
eiuuuuu...
jaat...
"tp abg mkn gk...bnyak lak tu...ayg mkn x puas tau..."
lain kali nk balik ari sabtu lg
leh singgah pasar tani
kali ni aku nk try buat sambal tempoyak n9..
org n9 kata sambal daun kayu...
nyum2...
bahan yg dh siap diracik mmg dh ada jual
so
balik rmh tgl masak je...
walaupun aku bukan org n9
tapi selera aku suka sgt mkn masakn negeri...
kena dgn selera aku...


*
*
*
*
*
pada kwn ku echah...terima kasih sb ajar aku masak gulai ni...
1st time mkn kt rmh kau dulu
aku terus jatuh cinta kt gulai ni tau
dan bersusah payah mencarikan pucuk puding tu masa aku mengandung dulu
aku syg kau...

~noura azieta~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...