hujan cinta ...

August 19, 2012

kek batik

sebenarnya...
aku suka sangat makan kek batik ni tapi aku x tau nk buat sebab aku ingatkan susahlah sangat.
aku penah bertanya dengan seseorang macam mana cara nak membuatnya...
tapi punyalah kedekut resepi...
subhanallah...
haaa...masa tu pulak aku ni buta i.t.
x reti nk cari kat mana...
kesian kan...

dan akhirnya aku dapat juga membuatnya...
share dari kawan kt facebook
terima kasih my fren


bahan:

~ sebungkus biskut marie-xkisah jenama apa
~ 250g butter/planta
~ 250g susu pekat
~ 3 biji telur
~ 100g serbuk coklat


cara membuatnya:

~ satukan kesemua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie
~ kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil sehingga bancuhan coklat menjadi pekat dan likat
~ patahkan biskut marie kepada 4 @ 3 bahagian
~ masukkan biskut marie tadi ke dalam bancuhan coklat tadi dan kacau sehingga semua biskut marie bersalut dengan coklat.
~ gaul dengan hati-hati untuk mengelakkan biskut hancur
~ setelah sebati, masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas minyak @ plastik
~ ratakan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat
~ masukkan dalam peti ais semalaman untuk dapatkan hasil yang cantik dan memuaskan semasa dipotong


ermpppp
sekarang aku boleh buat sesuka hati aku
bila aku terasa nak makan








0 chit chat.....:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...