hujan cinta ...

Showing posts with label penakaseh. Show all posts
Showing posts with label penakaseh. Show all posts

July 19, 2012

Happy Birthday Baby mama...

my baby erryn

12 Julai 2012
12:34pm
kini genap my baby berusia 2 tahun
dia semakin bijak
semakin keletah
semakin petah berkata2
semakin lasak
semakin nakal juga
semuanya seiring jalan
yang pasti
dia membesar depan mata aku
masa aku dengannya terisi dengan sepenuhnya
menjaganya,mendidiknya,
dengan penuh rasa kasih sayang..
dia hadir selepas 12 tahun...
dia lah penawar..
dia pengubat hati lara..
dia juga penghibur penat lelah papa pulang dari rezeki...
dia kesayangan kami....
dia baby doll kakak nan seorang...

love u Erryn...
doa dari mama dan papa
semuga anak mama papa menjadi
seorang anak yang baik...
yang bijak...
yang pintar...
yang aktif...
yang solehah...
yang sihat selalu...
yang mendengar kata papa mama...
amin

tersungkur di sini

tersungkur di sini...
dari mata tangga ke empat ke bawah...


aku tak tau nak cerita dari mana tapi yang pasti...
aku bersyukur pada Allah sebab Dia masih melindungi aku dan baby ku dari kejadian yang lebih buruk... syukur kerana ketika itu baby ku terselamat dari kecederaan dan hanya aku yang mengalaminya...
dan di sini...apa yang boleh aku katakan

-- mujur dia tak terlepas ke bawah dari tingkat atas balkoni tu sebab penghadangnya terlalu rendah
-- mujur aku atau dia tak terhantuk ke dinding atau pasu bunga yang tersusun rapi tu tak menimpa kami
-- mujur dia tak terlepas dari dukungan aku dan tergolek ke tangga seterusnya
-- mujur aku tak menghempap anakku sendiri
-- mujur besi2 penghadang tu tak ada yang reput masa aku berpaut

sehingga ke hari ini,bila aku teringat aku menangis sendiri sebab takut sangat terjadi sesuatu yang buruk berlaku masa tu...dan sehingga sekarang aku masih terigau2 dan terkadang terbawa dalam mimpi...
aku pun tak tau macam mana boleh terjadi tapi yang pasti memang sungguh menyakitkan...dan kini aku lebih berhati2 bila menyusuri tangga itu...

July 2, 2012

happy birthday sayang mama...



30 Jun 1998 ~ 11:01am ~ 3.98kg dan kini... hari ini usia adik genap 14 tahun...
adik anak yang baik,bijak dan taat pada papa dan mama juga anak yang sangat memahami keadaan kami...anak yang menghormati guru serta rakan juga insan yang lain... adik juga kakak yang penyayang,kakak yang penyabar dalam melayani kerenah adikmu yang seorang...semuga adik menjadi contoh terbaik pada satu2nya adik adik dan sentiasa menyenangkan hati semua insan yang berada disekeliling adik...
anak mama sayang...
doa mama dan papa semuga Allah sentiasa melindungimu dari segala perkara buruk,sentiasa sihat,dipanjangkan usia dan jadi seorang anak yang membahagiakan serta membanggakan keluarga...jadi insan berguna pada agama,bangsa juga negara... mama/papa sayang adik dan tiada sedetik dihati ini melupakanmu...



"kini kita adalah teman baik...
teman berbicara soal hati dan perasaan...
teman bergaduh yang hanya seketika...
teman ketawa tak kira masa...
terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan dia..
dia yang menyenangkan mama papanya..."


selamat tinggal dan selamat berhijrah...





selama 12 tahun aku menetap di sana
banyak kisah suka duka
riang gembira bahagia derita
bersama keluarga kami tersimpan di rumah itu
walau sayang segunung emas sekali pun
kami terpaksa meninggalkannya
kerana rumah itu bukan milik kami
kami hanya menyewa...
dan kami dengan berat hati terpaksa melangkah pergi
meninggalkannya dengan linangan airmata
12 Mei 2012
kami berhijrah dengan membawa semangat baru
dengan harapan segala kedukaan kami
tidak akan berulang kembali di sini
dan di sini kami memulakan hidup baru



kami di sini sekarang
alhamdulillah...
setakat sebulan lebih di sini kami rasa ada keserasian
semuga kami kekal di sini... amin

January 1, 2012

2012...

tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim
tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati
tiada hutang yang paling berat selain hutang budi
tiada pemberian paling berharga selain memberi maaf
***
*
kita eratkan silaturrahim
kita buka pintu hati sambil mengenang budi
SELAMAT TAHUN BARU 2012


June 23, 2011

sempurna...


jika kita mencari kesempurnaan dalam hidup ini...
maka kita tak akan temuinya...
kerana semua insan dijadikan Allah itu tidak sempurna...
hargailah insan yang berada disisimu...
yang sentiasa menyayangimu...
dan mengasihimu...
kerana ketidak sempurnaannyalah...
yang telah membuat kita jatuh cinta padanya...

Love Image 386750

Love Image 401850


~noura azieta~



tanya hati...



(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ Ü“
´*.¸.•´♥`

Antara Kasih & Kasihan...
Antara Cinta & Pengorbanan...
kebahagiaan itu ibarat sebatang pohon yang rendang...
tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan...
jawapannya ada pada "hati" sendiri...
bahagiakan diri sendiri atau org lain...
perlukah berada terus pada persimpangan dilema...
atau
berkorban untuk kebahagiaan orang lain...??



Love Image 356686



~noura azieta~

June 22, 2011

tika seketika...


~*~

di waktu kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah saat kamu ingin mendapatkannya...
disaat kamu mula tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya...
di waktu kamu mula bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya...
di waktu kamu ingin menduakannya
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu...
di waktu kamu ingin membohonginya
ingatlah dia telah jujur kepadamu...


werkkkkkk....
perghhh...
pehal lak jiwang pepagi bute ni weyhhh????


eeee...
saya bukan sombong,saya cuma pemalu jer....







~noura azieta~


March 18, 2011

Akhirnya apa yg ku idamkn tercapai juga walaupun dh diluar kawasan mengidam....


ayam masak lemak cili api campur pucuk puding


ermppppp....
aku dh lama sgt nk mkn lauk ni
dan teringin sgt nk mkn

sejak aku mengandungkan erryn tp x kesampaian...
memang ler ayam tp part lauk ni de kelainan cikit...
sebab
menggunakan ayam pencen/ayam telur...
nk sedap lg gna ayam kampung...
sepekara lg ada pucuk puding...
ni yang aku nk sgt...
aku dh masak dh gulai yg sama dgn ayam bandar
tp
kepala otak aku dok ingt tang ni je...

lg pn x cukup sifat...
pucuk puding tu xde...
dh alihkn pn xleh...
rasa nk nangis bila ingat2kn...
ye lah...
lagi satu pun mana nk cari pucuk puding tu kt sini kecuali kt kg...dh tu yg adanya kt Kuala Pilah je...
memang ler dekat kalau nk balik
tapi

aku xnk lh sampai nk menyusahkn hubby
dia nk keje
kang kesian plak dia terkejar...
sebab aku ni jenis xmo menyusahkan hubby...
de kwn tlg carikan kt rmh mertuanya pn xde gk...
bkn pucuk je
dgn pokok2nya skali xde...
dh kna tebang...
aku pujuk je lah ati aku ni...
huhuhu...
tp
air mata ke tepi gak...
bila mkn ayam teringat...
tau je r kn emosi org mengandung ni...
mgu lpas balik kg sebelah hubby...
dh tu gerak pg dr cini...
suka sgt...
sbnya de peluang singgah pasar tani kt Pilah...
dpt aku beli sayur kg n yg penting pucuk puding tu...
alhamdulillah...
agaknya memang takdir Tuhan nak aku mkn lpas bersalin..
aku tgk leh katakn tiap meja penjaja yg jual syur de pucuk puding tu
sedangkn sebelum ni mmg xde lgsg...
aku pun beli dua ikat...
hihi
tamak je...
cm nk mkn puas2..
semalam...
aku tunaikan keinginanku yg dh tergendala tu
masa masak ati berbunga2
senyum je
hihi
xsabar nk tgu lauk masak...
nk ratah puas2
nk makan dengan penuh kenikmatan...
hubby pn usik aku...
"lpas ni jgn majok2 lg..dh dpt mkn tu..mkn puas2 abg x kaco..."
eiuuuuu...
jaat...
"tp abg mkn gk...bnyak lak tu...ayg mkn x puas tau..."
lain kali nk balik ari sabtu lg
leh singgah pasar tani
kali ni aku nk try buat sambal tempoyak n9..
org n9 kata sambal daun kayu...
nyum2...
bahan yg dh siap diracik mmg dh ada jual
so
balik rmh tgl masak je...
walaupun aku bukan org n9
tapi selera aku suka sgt mkn masakn negeri...
kena dgn selera aku...


*
*
*
*
*
pada kwn ku echah...terima kasih sb ajar aku masak gulai ni...
1st time mkn kt rmh kau dulu
aku terus jatuh cinta kt gulai ni tau
dan bersusah payah mencarikan pucuk puding tu masa aku mengandung dulu
aku syg kau...

~noura azieta~




March 2, 2011

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
secebis luka membuatkan kita kecewa
tetapi
secebis senyuman membuatkan kita lebih ceria
dan
keceriaan itulah yang membuatkan kita lebih bahagia
namun
hidup tidak selalunya indah
selagi kita ikhlas
kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita
hargailah apa yang ada didepan mata
itu mungkin kebahagiaan kita
cantik dimata tidak semestinya cantik dihati
cantik budi itulah dicari

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
nukilan hati
Kak Rosnah Abdul Rahman
Selasa 12:16am
saya copy n paste di sini dengan keizinan beliau
saya suka dengan ayat2 di atas...ada makna tersirat
tQ kak ros... :)


 ~noura azieta~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...