hujan cinta ...

July 2, 2012

happy birthday sayang mama...



30 Jun 1998 ~ 11:01am ~ 3.98kg dan kini... hari ini usia adik genap 14 tahun...
adik anak yang baik,bijak dan taat pada papa dan mama juga anak yang sangat memahami keadaan kami...anak yang menghormati guru serta rakan juga insan yang lain... adik juga kakak yang penyayang,kakak yang penyabar dalam melayani kerenah adikmu yang seorang...semuga adik menjadi contoh terbaik pada satu2nya adik adik dan sentiasa menyenangkan hati semua insan yang berada disekeliling adik...
anak mama sayang...
doa mama dan papa semuga Allah sentiasa melindungimu dari segala perkara buruk,sentiasa sihat,dipanjangkan usia dan jadi seorang anak yang membahagiakan serta membanggakan keluarga...jadi insan berguna pada agama,bangsa juga negara... mama/papa sayang adik dan tiada sedetik dihati ini melupakanmu...



"kini kita adalah teman baik...
teman berbicara soal hati dan perasaan...
teman bergaduh yang hanya seketika...
teman ketawa tak kira masa...
terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan dia..
dia yang menyenangkan mama papanya..."


0 chit chat.....:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...