hujan cinta ...

March 29, 2011

selepas subuh...

22 MAC 11
cantik kn tarikh tu...
tp
itulah tarikh duka buat kami...
buat keluarga mertuaku
di mana
suami ku dn adik2 iparku
kehilangan seorang insan yg bergelar abah
ibu mertuaku
kehilangan suami tercinta
yg telah berkongsi pelbagai episod suka duka
selama 45 tahun
hidup berumahtangga...

subuh itu....
ketika aku baru saja nk melelapkan mata
pangggilan telefon dr suami
telah membuatkan
rasa mengantuk ku hilang...
gugur bsama airmata...
aku bagaikan bermimpi
bila suami ku
menyatakan abah terlibat dlm kemalangan jalan raya
ketika pulang dari solat subuh di surau
abah meninggal di tempat kejadian...
Ya Allah...
ampunknlah dosanya Ya Allah...
Dikau tempatkn lh ayah mertuaku bersama insan yang soleh
insan2 yang Kau kasihi....
*
*
*
bagai x percaya
aku cuba menghubungi mak mertuaku
tiada jwpan...
walaupun berkali-kali aku lakukan...
aku btmbah risau
aku takut mak pula yang rebah
sebab di kampung hanya mak dan abah tinggal berdua
aku hubungi adik iparku comel...
baru lah aku puas ati dpt maklumat dr dia
walaupn tak terperinci tapi sudah memadai untuk aku
menerima perkhabaran itu dgn ati terbuka...

aku hubungi suamiku semula...
yg ketika itu telah keluar mencari rezeki
berikannya kata semangat
agar dia kuat menerima takdir Illahi
aku tau suami ku
dia x sekuat mana
jiwanya
penyayang
hatinya
lembut
aku bimbang dia x karuan...
aku x mahu dia pula yg ditimpa musibah...

aku bangunkan anak ku 
ellyn...
aku khabarkan padanya bahawa
abah telah pergi meninggalkan kita semua
menyahut seruan Illahi...
dia meraung
menangis dibahu ku
aku pujuk dia
ku katakan padanya
"Allah syg abah
sebab tu Allah ambil abah
Allah x nk kita semua sedih tgk abah sakit"
aku tahu dia amat menyayangi atuknya
sebab ketika dia berusia 2-6 tahun aku tinggalkan
dia bersama mak dan abah
sebab itu juga dia memanggil atuknya
ABAH....
tiap hari abah akan hantar dan ambil dia di sekolah tadika
tiap petang juga mengekori abah ngeteh di pekan
kalau tidak pun tiap kali pulang dr pekan
ada saja habuan dr abah utk cucunya ni
*
*
*
setelah siap berkemas
kami pulang ke kampung
terus menuju ke
Hospital Jempol
kami rasakan perjalanan kami terlalu jauh
terasa penat duduk dalam kereta
tapi x kunjung sampai
sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri
mengelamun
mengimbau kenangan bersama abah
aku lihat airmata suamiku menanti luruh
ku genggam erat tangannya
tiada kata2 yang mampu aku lafazkan buatnya
ellyn...
dh tentu airmatanya bcucuran
sejak pagi td
wajahnya sugul sekali..
sesekali aku terdengar esakannya
aku?
aku hanya melayan perasaan
disudut hati ku berkata
"aku kehilangan seorang insan yg bernama abah"
dulu
aku selalu pandang abah 
untuk aku hilangkan rasa kerinduan pada aruah ayah, bapak dan abg ku
wlpun abah agak tegas dan garang
tapi sesekali lawak jenakanya boleh membuatkan rumah kami
riuh dengan hilai tawa anak menantu dan cucunya
airmata ku mengalir laju
aku pujuk hati ku sendiri
aku x boleh menangis dpn suami ku
dpn mak mertua ku
dpn adik2 ipar ku
dpn anak ku
aku perlu kuat
mereka memerlukan aku
sokongan dr aku
meskipun kekuatan itu sebenarnya sudah lama tiada
dlm diri aku

*
*
*
di Hospital Jempol
aku lihat sudah ramai org menunggu
saudara mara yg dekat
ada yg dh dtg menziarah
jenazah abah
mak setia menanti diluar bsama airmata
aku x sanggup tgk mak
pelukan erat mak ketika aku berjabat tangan
sudah cukup membuktikan kesedihan hatinya
tidak tertanggung lagi
suami tercinta telah pergi menyahut seruan Illahi
pergi dgn cara yg menyayat hati
dlm pjalan balik tadi aku dh fikirkan
bagaimanalah mak nanti setelah abah tiada
sendirian di rmh...
x
"abg x kn biarkn mak sendiri kt rmh..."
itu kata suami ku...

*
*
*
jenazah abah dimandikan
dikapankan di hospital
sb kami x mau sebarang keaiban akibat kemalangan
dilihat org lain
biarlah kami saja yg tau
setelah siap semua
jenazah abah kami bawa pulang ke rumah
perjalanan pulang abah ditemani
isteri tercintanya
mak
anak-anak abah
comel dan mas
cucunya
ellyn
aku,erryn dan abang mengekori dr belakang

*
*
*
di kampung...
dihalaman rumah
ramainya tetamu yg dtg untuk menziarahi abah
buat kali terakhir
saudara mara jauh dan dekat
rakan taulan abah
dah ramai menunggu kepulangan kami
sedih hati ni Tuhan je yg tahu...
aku tahan air mata ku dr gugur
 tp aku x mampu
tetap gugur tambahan pula bila si kecilku ini
menangis....
memeluk ku erat...
seolah2 dia tau yg atuknya kini telah tiada
kami bergilir menatap wajah abah
mengucup dahi abah buat kali terakhir
aku lihat wajah abah yg bersih
sejuk mata memandang
hilang wajah garangnya
tenang seperti sedang tidur dgn lena
*
*
*
jenazah abah disembahyangkn di rmh
selesai solat asar
jenazah abah diusung ke tanah perkuburan
ketika jenazah abah dibawa ke sana
aku x ikut
sebab aku ada si kecil erryn ni
melihat erryn
aku sedih sebab ketika hayat abah ada
bila balik
abah lh org pertama yg akan ambil erryn
menangis atau pun x
abah ambil juga
lepas tu hilang
tau2 abah n erryn dh ada di tepi kolam
x pun
di bwh pokok durian
merayau keliling rmh
lepas ni?????
    
selepas 6 ari berada di kampung
setelah siap semua urusan arwah abah
kami pulang ke Subang Jaya
kami perlu meneruskan kehidupan kami yang masih panjang
hasil perbincangan adik beradik suami ku
mak akan mengikut kami bergilir2
mak x boleh sendirian di rmh
melihat keadaan mk yg masih dlm keadaan terperanjat
mak bukan lh sihat sgt
kami x mau nanti mak jd x karuan
xde kwn brcakap

abah...
terima kasih abah
kerana menjaga cucumu dgn baik seketika dulu
budimu akan ku kenang hingga ke hujung nyawaku
akan ku didik cucumu agar menjadi insan yg berguna
pada agama,bangsa dan negara serta pada 
keluarga
aku akan sentiasa mengingatkannya supaya tidak akan melupakan dirimu
dan juga mak...
*
*
*
 buat suami ku yg tercinta
kuatkn semangatmu
untuk meneruskan kehidupan ini
selain diriku dn anakmu
kini
mak,adik-adikmu
adalah tanggugjawapmu

***
*
*
buat adik2 ipar ku
kuatkan semangatmu dik
kehidupan kita harus diteruskan
redhakan pemergian abah
hulurkan doa pdnya
juga buat mk agar
mak
terus sihat
bersama kita...
kita jaga mak sama-sama...

*
*
***
*
*

abah...
hanya kalungan Al-Fatihah buatmu...
doaku
semuga abah ditempatkan bersama insan yg soleh
yang dikasihi Allah
tenanglah abah di sana...
Amin...



Al- Fatihah
ayahnda Md.Palil bin Tasimin
6.55am
22 Mac 2011
Selasa


arwah abah mertuaku...

ketika majlis pertunangan adik iparku ~ comel

ketika dipelamin majlis pernikahan adik ipar ku ~ comel




*
*
*
*
*
~noura azieta~





March 18, 2011

Akhirnya apa yg ku idamkn tercapai juga walaupun dh diluar kawasan mengidam....


ayam masak lemak cili api campur pucuk puding


ermppppp....
aku dh lama sgt nk mkn lauk ni
dan teringin sgt nk mkn

sejak aku mengandungkan erryn tp x kesampaian...
memang ler ayam tp part lauk ni de kelainan cikit...
sebab
menggunakan ayam pencen/ayam telur...
nk sedap lg gna ayam kampung...
sepekara lg ada pucuk puding...
ni yang aku nk sgt...
aku dh masak dh gulai yg sama dgn ayam bandar
tp
kepala otak aku dok ingt tang ni je...

lg pn x cukup sifat...
pucuk puding tu xde...
dh alihkn pn xleh...
rasa nk nangis bila ingat2kn...
ye lah...
lagi satu pun mana nk cari pucuk puding tu kt sini kecuali kt kg...dh tu yg adanya kt Kuala Pilah je...
memang ler dekat kalau nk balik
tapi

aku xnk lh sampai nk menyusahkn hubby
dia nk keje
kang kesian plak dia terkejar...
sebab aku ni jenis xmo menyusahkan hubby...
de kwn tlg carikan kt rmh mertuanya pn xde gk...
bkn pucuk je
dgn pokok2nya skali xde...
dh kna tebang...
aku pujuk je lah ati aku ni...
huhuhu...
tp
air mata ke tepi gak...
bila mkn ayam teringat...
tau je r kn emosi org mengandung ni...
mgu lpas balik kg sebelah hubby...
dh tu gerak pg dr cini...
suka sgt...
sbnya de peluang singgah pasar tani kt Pilah...
dpt aku beli sayur kg n yg penting pucuk puding tu...
alhamdulillah...
agaknya memang takdir Tuhan nak aku mkn lpas bersalin..
aku tgk leh katakn tiap meja penjaja yg jual syur de pucuk puding tu
sedangkn sebelum ni mmg xde lgsg...
aku pun beli dua ikat...
hihi
tamak je...
cm nk mkn puas2..
semalam...
aku tunaikan keinginanku yg dh tergendala tu
masa masak ati berbunga2
senyum je
hihi
xsabar nk tgu lauk masak...
nk ratah puas2
nk makan dengan penuh kenikmatan...
hubby pn usik aku...
"lpas ni jgn majok2 lg..dh dpt mkn tu..mkn puas2 abg x kaco..."
eiuuuuu...
jaat...
"tp abg mkn gk...bnyak lak tu...ayg mkn x puas tau..."
lain kali nk balik ari sabtu lg
leh singgah pasar tani
kali ni aku nk try buat sambal tempoyak n9..
org n9 kata sambal daun kayu...
nyum2...
bahan yg dh siap diracik mmg dh ada jual
so
balik rmh tgl masak je...
walaupun aku bukan org n9
tapi selera aku suka sgt mkn masakn negeri...
kena dgn selera aku...


*
*
*
*
*
pada kwn ku echah...terima kasih sb ajar aku masak gulai ni...
1st time mkn kt rmh kau dulu
aku terus jatuh cinta kt gulai ni tau
dan bersusah payah mencarikan pucuk puding tu masa aku mengandung dulu
aku syg kau...

~noura azieta~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...