hujan cinta ...

August 22, 2012

tebu oooh air tebu....

Ramadhan baru saja berlalu... jadi tentunya ramai diantara kita ketika bulan Ramadhan lalu yang berbuka puasa dengan memilih air tebu sebagai salah satu juadah berbuka... tentunya menyegarkan tekak bila di miunum ketika berbuka kan... tambahan pula cukup sejuk... tak puas minum segelas...
Tapi tahukah kita sebenarnya ramai pengusaha tidak mementingkan kebersihan ketika pemprosesan?
Saya ada info menarik yang ingin saya kongsikan bersama yang saya perolehi dari Harian Metro keluaran Jumaat, 10 Ogos 2012 hasil tulisan Muhd. Izawan Baharin dan Elrafaei Sapi. Jom kita baca bersama semuga tip yang ada boleh kita gunakan dimasa akan datang.

penyejuk tekak
Penyediaan air tebu yang tidak mementingkan soal kebersihan ketika pemprosesan dilakukan boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada pengemarnya.

Berdasarkan kajian perubatan, antara bakteria yang boleh mencemari air tebu yang diproses tanpa mementingkan soal kebersihan ialah E Coli, Enterococci, Citrobacter, Klebsiella dan Staphylococcus Aereus yang boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit, muntah serta demam.

Pensyarah Mikrobiologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Khalilah Abdul Khalil berkata, sepanjang proses menghasilkan air tebu boleh menyebabkan berlakunya pencemaran jika pengusaha tidak mementingkan soal kebersihan.

"Apabila kulit tebu dibuang, ia akan dibasuh atau direndam dalam bekas air yang tidak dimasak dan digunakan berulang kali. Mesin tebu dan bekas untuk mengumpulkan air tebu juga tidak dibersihkan dengan sempurna menyebabkan bakteria boleh membiak," katanya yang ditemui semalam.

Beliau berkata, hampas tebu diletakkan berdekatan boleh menarik lalat menyebabkan kehadiran bakteria yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan lebih tinggi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, langkah di India yang juga melakukan cara pemprosesan tebu hampir sama dengan negara ini wajar diikuti.

"Di India dan beberapa negara lain yang juga mengemari air tebu, sedikit perahan limau dimasukkan selepas air itu diperah. Ia bukan sahaja menambah keenakan air tebu, malah asid limau mengurangkan jumlah bakteria di dalam air berkenaan", katanya.

Dr Khalilah berkata, pengguna boleh juga memanaskan air tebu yang dibeli kira-kira 5 minit sebelum dihidang bagi membunuh bakteria.

"Ia tidak perlu sampai mendidih kerana boleh menghilangkan vitamin C di dalam minuman itu, cukup sekadar panas sedikit bagi mengurangkan bakteria", katanya.

Menurutnya, air tebu yang mengandungi vitamin C dan gula kompleks sebenarnya baik untuk kesihatan dan mereka yang menghidap diabetes juga boleh menikmatinya.


sapa yang tidak terliurkan




August 19, 2012

kek batik

sebenarnya...
aku suka sangat makan kek batik ni tapi aku x tau nk buat sebab aku ingatkan susahlah sangat.
aku penah bertanya dengan seseorang macam mana cara nak membuatnya...
tapi punyalah kedekut resepi...
subhanallah...
haaa...masa tu pulak aku ni buta i.t.
x reti nk cari kat mana...
kesian kan...

dan akhirnya aku dapat juga membuatnya...
share dari kawan kt facebook
terima kasih my fren


bahan:

~ sebungkus biskut marie-xkisah jenama apa
~ 250g butter/planta
~ 250g susu pekat
~ 3 biji telur
~ 100g serbuk coklat


cara membuatnya:

~ satukan kesemua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie
~ kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil sehingga bancuhan coklat menjadi pekat dan likat
~ patahkan biskut marie kepada 4 @ 3 bahagian
~ masukkan biskut marie tadi ke dalam bancuhan coklat tadi dan kacau sehingga semua biskut marie bersalut dengan coklat.
~ gaul dengan hati-hati untuk mengelakkan biskut hancur
~ setelah sebati, masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas minyak @ plastik
~ ratakan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat
~ masukkan dalam peti ais semalaman untuk dapatkan hasil yang cantik dan memuaskan semasa dipotong


ermpppp
sekarang aku boleh buat sesuka hati aku
bila aku terasa nak makan








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...