hujan cinta ...

July 27, 2011

tetak kepala,pancung leher....


Berita dari Harian Metro
Selasa
26 Julai 2011

SEREMBAN: Misteri kehilangan seorang ejen pekerja asing sejak dua hari lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri di sebuah ladang getah di Felda Pasir Besar, dekat Gemas, awal pagi semalam.
Lebih memilukan apabila mayat Mohd.Sopian Mustafa, 34, yang hampir reput dan dipercayai dibunuh ditemui adiknya dalam lubang sedalam kira-kira satu meter dan ditutupi dengan daun kering. 
Menceritakan penemuan, Mohd.Yatim, 29, berkata dia berasa tidak sedap hati apabila dimaklumkan polis mengenai penemuan kereta Perodua Kancil milik abangnya di ladang berkenaan, kira-kira 12.20 tengahari malam kelmarin.
"Sejurus tiba, saya segera mencari di sekitar kawasan itu sebelum menemui satu lubang mencurigakan yang hanya ditutupi daun kering kira-kira 50 meter dari kereta berkenaan."
"Sebaik mengalihkan daun kering tersebut, hati saya remuk melihat mayat abang yang hampir reput dengan kepala hampir terbelah dua dan masing-masing satu daripada pergelangan tangan dan telinganya putus."
"Lebih mengerikan apabila leher arwah hampir putus selain turut mempunyai kesan luka pada beberapa anggota badan", katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini semalam.
Dia yang juga anggota tentera yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin Gemas berkata, mayat arwah abangnya anak kedua daripada enam adik beradik ditemui masih berpakaian lengkap tetapi dompet dan telefon bimbitnya didapati hilang.
Ibu mangsa, Fauziah Ahmad 53 tahun, berkata, anak lelakinya itu sempat memberitahu mahu keluar dari rumah mereka di Kampung Temeris, Bahau, untuk meemui seseorang, kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris, Bahau, semalam.

kenapa ye aku tulis/update post ini?
kerana mangsa adalah sekampung dengan aku...
dimata aku...
sekenalnya aku dengannya yang aku kenal dia sejak kecil...
dia seorang yg berbudi bahasa...
menghormati orang tua...
peramah...
periang...
kuat berjenaka...
suka menghulurkan bantuan pada orang yang minta bantuan....
dan
orang yg selalu minta tolong darinya adalah ibu ku...
sebab kami adik beradik berada jauh dr kampung...
kalau ada masalah @ perlu bantuan segera...
ibu ku sering meminta bantuan darinya....
dan dia pun x pernah nak membantah...
x pernah minta imbuhan walaupun untuk secawan kopi....
tapi takdir Ilahi menentukan segalanya....
dia pergi dengan cara yang sungguh menyayat hati....
kali terakhir aku jumpa arwah semasa kenduri kahwin di kampung aku bulan enam lalu...
dia yang peramah datang menyapa aku
"kak ita sihat?"
"kenal saya x?"
dan ayat yang sering keluar dari mulutnya sejak aku di kampung
"kak ita cantik lah..."
"suka tengok kak ita..."
selepas ni hilang sudah seorang kawan
seorang adik yang baik budi...

"pian,akk doakan semuga pian tenang di sana...bersama insan yang beriman,yg di kasihi Allah"
budi baik mu selama ini akan akk kenang sehingga akhir hayat...dan semuga orang yang melakukan kekejaman terhadapmu akan menerima balasan yang setimpal dari pihak berkuasa juga dari Allah S.W.T....
amin...ya rabbal al'amin...
Kepada acik Puji dan acik Tapa...
Pada Sandry,Dayang,Yatim.... semuga tabah menghadapi dugaan ini...memang pahit dan payah untuk menerima takdir ini...tapi redhalah dengan ketentuan takdir Illahi...semuga ada hikmah dan hidayah dari Allah untuk acik sekeluarga...

~noura azieta~

4 comments:

  1. kesian nyer...terok tol...xpatot x patot...

    ReplyDelete
  2. dunia akhir zaman~kekejaman menjadi lumrah kehidupan....nauzubillah!

    ReplyDelete
  3. el...mereka x memikirkan apa erti kemanusiaa. yg penting kepuasan...
    lynnda...nk buat mcm mana dh ketentuan dr Illahi,dia pergi secara tu...
    teratai...yupppp...kekejaman sebegini dh merata2 jd di negara kita ni...rasa dh x selamat je...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...