hujan cinta ...

May 8, 2011

Kain batik...


kenapa  kain batik?
sebab aku suka sgt pakai kain batik...
kenapa?
entah lah...
aku pn xtau...
agknya sebab aku ni org kampung kot...
lagi pun memang sejak aku bgelar anak dara arwah mak
dan mak dah ajar aku pakai kain batik masa kt kampung...
x kan lucut walaupun aku berlari...
naik basikal sekali pun...
panjat pokok?
aku x cuba pulak...
tapi confirm x lucut juga...
sebab aku ikat ketat...
bukan pakai tali pinggang...
tapi cara aku selitkan bucu kain batik tu ke pinggang...
cuma aku bimbang terselak je...
hahaha...

jumaat yg lepas...
6hb  Mei 2011
macam  biasa aku pn  mula mengemas kain baju masuk dlm beg pakaian
sebab dh jadi  kewajiban suamiku balik ke kampungnya 
sejak arwah abahnya meninggal dunia
mak mertua ku tinggal sendirian
jadi kami semua risaukan dia
tapi kami x jd balik
sebab adik ipar ku balik minggu ni
jadinya
minggu depan lah kami balik pulak
dalam masa mengemas tu
aku keluarkan kain baju lebihan minggu lepas dulu
sebelum masukkan stok baru
ermppp
mata aku terpandang sesuatu
yg dh lebih tiga tahun sentiasa ikut aku balik kampung
sebab aku nk jahit
tapi x jahit2
m.a.l.a.s.....
dua helai kain batik 
yg dh tetas jahitannya kerana
digunakan utk menutup jenazah arwah Fareesha
ank kawan baik aku
yang meninggal dunia kerana sakit jantung
aku hulurkan 4 helai kain batik baru ku utk kegunaannya
tapi yg dua helai tu aku beri terus pada nya
sebagai kenangan
mungkin juga pengubat rindu












dan 
seterusnya aku jadi sebak bila melihat 
dua helai lg kain batik jawa ku
pemberian arwah abang semasa ke Bukit Tinggi dan Bandung
sebak sedih bukan kerana dh tetas jahitan
tapi disebabkn kain itu
telah digunakn sewaktu memandikan jenazah arwah bapa mertuaku
kebetulan sewaktu salah seorang kaki tangan hospital bertanya
"ada sesiapa waris yang bawa kain batik?"
aku pun menjawap
"nak berapa helai?"
"sehelai dua cukuplah,buat tutup jenazah mandi je..."
lalu aku pergi ke kereta dn ambil dua helai kain batik ku












lpas ni 
aku xtau berapa lama lg nk aku usung 4 helai kain batik ni
dari Subang Jaya ke kampung
tapi tetap juga x berjahit2
bukan x tahu menggunakan mesin jahit mak n mak mertuaku tapi
bila "M" bertakhta di fikiran...
semuanya malas...

dan bila dh terpandang 4 helai kain batik tu
aku pun buka almari baju ku
aku keluarkan sehelai lg kain batik
tapi yang ni
kain batik lepas
aku bungkus rapi dlm plastik
sebab aku x mahu kehilangan baunya
aku cium sepuasnya
aku peluk seeratnya 
buat pelepas rindu
pada arwah mak
dan
arwah abang ku
menitis airmata ku
laju...
esak tangis ku...
tiada siapa yang tahu...
jeritan batin ku tiada siapa yg dengar...
sebab kain batik lepas ni lah
menutupi jenazah mereka berdua dulu
kain ini aku mintak dari mak Wok
dan
aku tidak pernah membasuhnya sejak 18 tahun yang lalu
biarlah org nk kata apa
inilah pengubat rindu aku pada arwah mak
sejak 18 tahun yang lalu
dan
arwah abang
hampir 4 tahun pemergiannya












al-fatihah...
pada arwah mak,abg,abah mertua dan arwah fareesha
semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh kalian
amin...



~noura azieta~
"

2 comments:

  1. hukhuk...lpas ni usung lg kain batik 4 lai tu sana sini tp x jait2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...