hujan cinta ...

December 18, 2011

BlOgwaLking

td selepas aku update n3...tetiba hati teringin nk blogwalking blog teman2 yg aku kenal...dn yg x aku kenali... jln punya jln...ziarah punya ziarah...klik sana,klik sini... yessss... aku terjumpa satu n3 yg menarik minat aku dn aku nk share juga kt sini utk tatapan teman2 yg lain... ianya menyentuh soal persahabatan... sedikit dr apa yg beliau catatkn aku copy... sori pd yg empuya blog...aku x berniat apa,cuma satu perkongsian agar teman2 yg lain dpt menilai erti persahabatan...

"salam....
kali ini ___ tfikir apalah erti persahabatan jika dimulut (dijari kalau di FB) sayang seperti adik beradik tapi dihati tidak???
Apakah erti semua ini?
Dimulut bermanis kata hati tidak..?
N3 ini tidak ditujukan pd sesiapa namun cukuplah sekadar peringatan bersama,muhasabah diri adakah kita benar2 ikhlas dalam bersahabat? bila berlaku perselisihan faham apakah kita mahu berbincang @ terus melatah? bila sahabat ini bertelingkah akibat salah faham apakah kita mahu meleraikan atau cukup sekadar mendengar sebelah pihak dan terus menghukum?
Yang tak ada kaitan pula bila dengar sebelah pihak terus menjauhkan diri... Adilkah begitu dalam PERSAHABATAN yang dikatakan berlandaskan kasih sayang kerana ALLAH? "

itu adalah hasil luahan hati beliau
~~aku nk ulas sikit je...
sahabat dan kawan... bagi aku sahabat adalah seorang insan yg sgt susah kita nk cari...dlm 20 org kwn belum tentu ada sorg SAHABAT...sahabat yg baik adalah sahabat yang menyayangi, sahabat yang sering akan berkongsi suka,duka,susah senang dgn kita tak kira dlm situasi apa pn...saat kita memerlukandia, dia akan sentiasa ada untuk kita dan dlm masa yg sama sahabat kita itu juga akan menjaga sahabatnya itu sama seperti dia menjaga dirinya, dlm erti kata lain...andai dia mengetahui sejarah hidup sahabatnya itu dia akn mengenggam erat cerita hidup sahabatnya, mengunci rapat mulutnya dr segala apa yg dia tau dan tak akan membongkar sekelumit pn wl apa pn terjadi... dan ada juga sahabat yg akan sanggup berkongsi nyawa sekiranya itu yg perlu dlakukan...
Sementara KAWAN ~  kawan x susah nk cari...sebagai contoh...di FB.. senang dpt kwn kn?  klik je add as fren tgu respon kna approve ke x... dan bila aprv,maka berkawanlah kita...
Seperkara lagi...sekiranya kita ingin dihargai sebagai seorang sahabat,kita haruslah menjadikan diri kita dulu sebagai sahabat kepada kawan kita itu terlebih dahulu... dan jangan kita ingat bila kita dah kawan,kita dah jadi sahabat...itu silap!!! ini pendapat aku..mungkin lain org lain pendapat...sebab itu bila kita ada kwn yg berkongsi suka duka secara peribadi,jagalh amanah yg diberi..jgn lain dimulut lain dhati...bak kata lain/kasarnya "ok,aku simpan rahsia engkau..aku xkn cerita pd org lain" tapi berpaling atau leka seketika kawan kita ni,kita sebarkan amanah dia pd kita kepada kawan yg lain dn menganggap kononnya kawan kita ni tak kan tau...
Jadi renungkanlah...jika kita ingin disayangi,sayangilh dahulu insan lain...nescaya ada insan lain yg akan menyayangi kita...begitu juga dengan sahabat... :)
"selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari . -Saidina Ali- "


~noura azieta~

2 comments:

  1. ...orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari .
    -Saidina Ali-

    semoga dijauhkan dr sifat keji ini..amin..

    ReplyDelete
  2. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W.: "Bagaimana ciri2 orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?
    Nabi bersabda :
    "Teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila melihatnya, kamu terlihat Allah, apabila mendengar kata2nya bertambah ilmumu dan apabila melihat amalan2nya, lalu kamu teringat akan akhirat..."

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...